DAP Juga Yang Untung, PKR Kena Tipu lagi

Share This:

Kemelut yang sedang berlaku sekarang didalam Pakatan Harapan ialah apabila berlakunya penentangan  terhadap persetujuan yang dilakukan  oleh DAP dalam memilih Mahathir sebagai calon Perdana Menteri jika  boleh memenangi PRU14 akan datang.

Rata rata dikalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat atau PKR  menyuarakan pendapat dan tidak bersetuju Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, sedangkan PPBM yang baru sahaja ditubuhkan dan masih tidak memenangi atau mempunyai kerusi pilihanraya.

Percaturan meletakkan Mahathir sebagai  Perdana Menteri adalah dilihat seperti terdapatnya perjanjian  sulit telah dilakukan diantara DAP dan PPBM. PKR yang mahukan Wan Azizah  sebagai calon Perdana Menteri dan bukannya Mahathir.

Dalam perkara yang sama DAP sebagai parti yang dominan dan dikalangan   pemimpin DAP menyokong pilihan Pakatan Harapan yang meletakkan Pengerusi PPBM, Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sekiranya memenangi PRU14 nanti.

Sebagaimana  biasa DAP sudah pastinya bersetuju  dengan lantikan ini, ini adalah kerana ianya memberikan impak yang besar dalam sokongan undi  yang bakal diberikan oleh penyokong PPBM kepada DAP pada PRU akan datang.

Sejarah tidak pernah melupakan bagaimana PAS satu ketika dahulu telah dipergunakan oleh DAP untuk mendapatkan sokongan  undi dalam pilihanraya. Penyokong PAS  diarahkan untuk memberikan undi kepada DAP  didalam kawasan kerusi DAP bertanding.

Akhirnya DAP telah memenangi banyak kerusi yang telah disumbangkan majoritinya oleh pengundi PAS. Kemenangan ini disambut dengan  gelak ketawa oleh pemimpin DAP yang mana agenda mereka untuk menipu pengundi PAS telah berjaya.

Tetapi harus diingatkan, bahawa DAP sebuah parti yang mengamalkan perkauman bukan lah sebuah parti yang mahu mengikut telunjuk kaum lain. Mereka telah menyatakan bahawa setiap keputusan yang dibuat oleh DAP adalah muktamad.

Sikap menyemarakkan sikap perkauman melampau bakal mengubah lanskap politik negara. Pendekatan ini nampaknya amat menguntungkan DAP untuk lebih membenci Melayu. Kenapa Melayu amat dibenci oleh DAP?

Alasan mereka membenci Melayu adalah kerana Melayu mendapat bantuan kerajaan. Sedangkan, kerajaan yang sama jugalah yang membolehkan mereka mengaut keuntungan dan kemewahan tidak pula mereka pertikaikan.

Mereka menyebarkan isu berkaitan  bahawa bangsa dan kaum lain yang ada di Malaysia ditindas oleh kerajaan yang sedia ada dan  tidak diberikan peluang untuk menikmati bersama kemakmuran Negara. Ini adalah satu pembohongan DAP untuk melihat rakyat bangun menentang.

DAP sebuah parti yang amat zalim dan tiada sifat tolak ansur, tamak haloba dan khianat diantara kaum yang lain  bukannya semakin pulih, tetapi semakin parah kerana kita tidak pernah cuba untuk mengubatinya kerana tidak sanggup menelan ubat yang pahit. Tindakan ini akan  bakal membawa negara ke satu persimpangan meruncing pada masa akan datang.

43 tahun lalu, kita mengahadapi kegetiran serupa yang akhirnya membawa kepada pertumpahan darah dalam rusuhan kaum. Kegelisahan ini akan terus menjadi polemik. Ini adalah disebabkan kerana sikap yang menjadi amalan DAP sehingga sekarang.

Dalam  isu lantikan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, partinya masih terpaksa mengenepikan nama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku calon utama, namun memandangkan Anwar masih dipenjara, calon lain perlu dipilih untuk mengisi kerusi berkenaan.

Berikutan Anwar masih menjalani hukuman penjara dan dilarang menyertai politik selama lima tahun selepas dibebaskan, Pakatan Harapan kemudiannya bersetuju mencalonkan isteri Anwar merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai ‘pemanas kerusi’ Timbalan Perdana Menteri .

Penipuan pertama yang dilakukan oleh DAP terhadap pemimpin PKR dan pengikutnya  ialah apabila para pemimpin DAP sebaliknya membuat semua pengumuman dasar bagi pihak Pakatan. Kemudian nama Anwar Ibrahim (ketua umum PKR) disebut-sebut sebagai calon perdana menteri tetapi orang lain akan menjadi perdana menteri sementara kerana dia masih berada di penjara.

Bijak bukan , DAP telah menguji tahap keakuran keputusan yang mereka cadangkan dan lakukan dan akhirnya keputusan yang dibuat kedalam tong sampah dan akhirnya keputusan baru dibuat semula dan akhirnya telah menghilangkan nama Anwar Ibrahim.

Justeru itu lantikan Mahathir bukan satu kemenangan bagi PPBM tetapi ianya  merupakan satu penghinaan kepada PPBM yang mana secara terangnya DAP mempergunakan  Mahathir dan pengikutnya untuk memastikan kemenangan  DAP pada PRU akan datang.

Mahu atau tidak, seperti kerbau dicucuk hidung, akhirnya PKR bersetuju menerima Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sekiranya PH berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14.

Jadi , nyatalah bahawa DAP sedang cuba menilai keakuran yang diberikan  oleh PKR PPBM dan PAN terhadap keputusan yang  mereka lakukan. Nampanya PPBM, PKR dan PAN hanya tunggul yang menunggu untuk digunakan sebagai bahan bakar untuk dinyalakan.

DAP kini berjaya lagi membohongi PKR  dalam tipu muslihatnya  isu lantikan calon Perdana Menteri dan akhirnya calon yang berumur 92 tahun digunakan untuk merompak semula harta Negara dan akan difaraidkan bersama DAP.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*