Coutinho Tinggal Liverpool Demi Barcelona

Share This:

PEMAIN Barcelona yang baru ditandatangani, Philippe Coutinho memberitahu peminat Liverpool bahawa dia berharap mereka memahami keputusannya untuk pergi ke Nou Camp dengan nilai perpindahan £142 juta (RM770).

Kontrak lima tahun bintang kelahiran Brazil yang berusia 25 tahun itu berakhir di Anfield pada hujung minggu lalu apabila Barca akhirnya menandatangani persetujuan dengan pasukan The Reds.

Ia menjadikan Coutinho sebagai pemain kedua termahal sepanjang zaman selepas mereka dibayar dengan bayaran pendahuluan £105 juta (RM570 juta).

Liverpool telah menolak tawaran Barca pada musim panas lalu, walaupun Coutinho teringin untuk menyertai pasukan itu dan akhirnya hasrat bintang itu berjaya tercapai.

“Sejak saya tiba di Liverpool, saya dan keluarga berasa sangat dialu-alukan dan telah mempunyai ramai kawan.

“Di lapangan dan di luar padang, kami telah menikmati keindahan kelab ini dan peminatnya. Saya berharap saya telah memberikan kenangan dan momen yang indah kepada penyokong Liverpool.

“Saya meninggalkan Liverpool kerana Barcelona adalah impian saya. Saya cukup bernasib baik untuk menyertai Liverpool dan telah memberikan lima tahun hidup saya kepadanya,” Coutinho. – Eurosport

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*