Adik Jumpa Mayat Abang Berulat Di Dapur

Share This:

Seorang lelaki berusia 54 tahun menemui mayat abangnya sudah berulat di dapur sebuah rumah di Kubang Kerian, kira-kira 2.30 petang semalam, lapor Harian Metro.


Menurut laporan, mangsa, tinggal bersendirian dan dipercayai sudah meninggal dunia sejak empat hari lalu, kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik.



Foto: Harian Metro

“Ia berdasarkan kenyataan adik mangsa yang kali terakhir berjumpanya pada petang Jumaat lalu, namun mangsa ketika itu dilihat sihat.

“Bagaimanapun ketika ke rumah berkenaan, petang tadi (semalam), adik mangsa menemuinya dalam keadaan tertiarap, bogel dan sudah berulat.

“Pemeriksaan sekitar mayat tidak menemui sebarang kesan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah,” katanya.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*