Adakah Mahathir Akhirnya Bertemu Peliwat Minta Restu?

Share This:

Pertemuan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad dan banduan liwat, Anwar Ibrahim petang ini di Cheras adakah akan menjadi saat di mana Mahathir yang mengutuk keras perbuatan liwat Anwar hadir berjumpa dan minta restu selepas dinamakan sebagai calon Perdana Menteri untuk PH?

Anwar yang pernah menjadi Ketua Pembangkang akan bertemu Mahathir di Hospital Rehabilitasi Cheras, tempat beliau menjalani pemulihan selepas pembedahan bahu pada November tahun lepas.

Pengumuman memilih Mahathir itu mendapat reaksi dari ramai pihak dalam pakatan pembangkang termasuk bantahan daripada pemimpin parti sekutu sendiri. Ia nampak memberi lebih keburukan berbanding kebaikan dalam gabungan itu. Ada kemungkinan, spekulasi menyebut Mahathir bertemu Anwar untuk mendapatkan restu darinya kerana sebelum ini Anwar yang dinamakan jadi Perdana Menteri tetapi Mahathir sudah potong line.

Anwar juga pada awalnya enggan terima Mahathir jadi calon jawatan itu kerana pernah bersengketa dalam Reformasi untuk menggulingkan Mahathir, tapi kali ini terpaksa pula memberikan laluan Mahathir jadi Perdana Menteri sementara sehingga Anwar boleh bertanding semula dalam pilihan raya. Selepas dibebaskan, Anwar tidak boleh bertanding kerana pernah dipenjarakan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Ini mencerminkan betapa terdesaknya Mahathir mahu jadi Perdana Menteri sampai sanggup jumpa peliwat minta restu daripadanya.

Selain itu, Mahathir mahu Anwar meyakinkan pemimpin dan ahli parti dalam pakatan supaya menerimanya sebagai calon Perdana Menteri jika blok pembangkang menang pada PRU14 nanti.

Kalau Mahathir yang pernah jadi Perdana Menteri selama 22 tahun diterima, baru beliau boleh buat kerja penuhi agenda politiknya yang masih belum selesai dengan kroni-kroninya itu.

Pada Mac 2016, Mahathir menjatuhkan maruahnya sendiri apabila sanggup bertemu dengan musuh politiknya sejak sekian lama iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan bersekongkol dengannya mengkhianati UMNO untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada 14 Mac 2017, PPBM yang dipengerusikan Mahathir secara rasmi berfikiran pembangkang apabila menyertai PH selaku parti sekutu bersama DAP, PKR dan PAN untuk melawan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 dan menjatuhkan Najib.

Kemudian, Mahathir pada 7 Januari lepas, dinamakan sebagai calon Perdana Menteri jika menang.

Kini, Mahathir berjumpa Anwar orang yang dihalangnya sendiri dari menjadi Perdana Menteri kerana meliwat tapi sudah berubah sama sekali kerana Anwar dan Mahathir ada misi yang sama iaitu menjatuhkan Najib. Perbuatan meliwat itu, Mahathir tolak tepi dan sanggup bertemu dengan Anwar minta restunya untuk terima dirinya jadi Perdana Menteri sementara nanti.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*