Maut Terjatuh Bawah Hotel Ketika Seks Di Beranda

Share This:

Seorang wanita maut terjatuh dari beranda sebuah hotel, dipercayai ketika melakukan hubungan seks.


Berikutan itu pihak polis Thailand telah menahan pelancong Britain yang dikenali sebagai Reece Vella, 25.


Menurut laporan Daily Mail, mangsa, Wannipa Janhuathon, 26, yang juga seorang pekerja bar mengalami kecederaan teruk di kepala serta patah di beberapa bahagian badan.


Dia ditemui di bawah hotel dalam keadaan bogel bersama bungkusan dadah perangsang seks.

Sumber menambah, polis menggeledah bilik lelaki berkenaan dan menemui pakaian serta kondom namun Reece tiada di dalam bilik.


Reece yang berasal dari Birmingham kemudiannya ditemui dengan dua telefon bimbit, salah satunya dipercayai kepunyaan mangsa.


Dia mengaku telah membawa mangsa ke biliknya dan mangsa dikatakan terjatuh semasa melakukan seks di beranda.


Terkejut dengan apa yang berlaku, Reece kemudiannya berpindah ke hotel lain.


Lelaki tersebut boleh didakwa kerana cuai dan menyebabkan kematian. Dia juga sudah berada di Thailand sejak empat bulan lalu dan telah tinggal melebihi tempoh visa.


Reece juga didakwa atas kesalahan mencuri motor pada malam kejadian.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*