Kes Cikgu Idzahril : Pihak Pendakwaan Gagal Kemukakan Laporan Perubatan

Share This:

Jika sebelum ini Cikgu Azizan dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri Muhammad Zainul Danish Zaridin, kali ini seorang guru, Noor Idzahril Ahmad, 52, yang didakwa memukul seorang murid, pada Ogos lalu berdepan dengan kes yang sama.

 

Pada hari ini mahkamah Majistret Jawi di sini, menetapkan 19 Februari depan sebagai tarikh sebutan akhir bagi kes guru, Noor Idzahril Ahmad.

 

Majistret Hizween Azleena Othman Kamal menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan gagal mengemukakan laporan perubatan yang sepatutnya diserahkan hari ini.

 

Peguam Mohd Fadhly Yaacob yang mewakili Noor Idzahril berkata, pihaknya memohon kes dilepas tanpa dibebaskan berikutan pihak pendakwaan gagal menyerahkan laporan perubatan pada sebutan semula kes kali ketiga.

 

“Asas permohonan kami adalah Seksyen 323 Kanun Keseksaan perlu ada elemen kecederaan tetapi sehingga sekarang, pihak pendakwaan masih gagal menyerahkan laporan perubatan.

 

“Ini bermakna pertuduhan adalah pramatang. Justeru, kami mohon Noor Idzahril dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan,” katanya di perkarangan mahkamah, di sini.

 

Noor Idzahril yang juga guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Acheh, dihadapkan di Mahkamah Majistret Jawi pada 11 Disember lalu kerana didakwa memukul seorang murid Tahun Tiga SK Sri Sentosa pada 2 Ogos lalu.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*