Kenaikan Cukai Punca Rakyat Selangor Dan Pulau Pinang Tertekan

Share This:

Dalam banyak forum dan majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan, mereka kerap kali menunding jari kepada kerajaan kononnya caj cukai GST adalah antara punca kenapa harga barangan dan kos sara hidup rakyat hari ini meningkat dan sekaligus membebankan rakyat. Mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara asas kenapa banyak harga barangan hari ini meningkat.

Pada peringkat awal pengenalan cukai GST, sepatutnya harga barangan masih terkawal terutamanya apabila kerajaan mengumumkan kadar caj GST hanyalah pada kadar 6 peratus berbanding caj cukat SST yang mengenakan cukai 10 peratus untuk cukai jualan dan 5 peratus untuk caj cukai perkhidmatan.

Namun, faktor diluar kawalan kerajaan yang menyebabkan kos barangan meningkat di samping manipulasi harga yang dilakukan oleh para pembekal dan pemborong menyebabkan harga barangan meningkat mendadak sebelum 1 April 2015, tarikh di mana caj GST diperkenalkan.

Disebalik semua ini, berapa ramai yang sedar, kerajaan Pakatan Harapan di Selangor dan Pulau Pinang itu sendiri yang menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup di negara ini?

Mari kita lihat negeri Selangor terlebih dahulu. Sebaik sahaja kerajaan Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan mengambil alih negeri ini dari tangan Barisan Nasional, antara perkara pertama yang mereka lakukan adalah menaikkan kadar cukai mengenai hartanah yang sekaligus memberikan impak besar kepada golongan miskin bandar di Selangor.

Itu belum lagi mengambil kira beberapa jenis cukai baru yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri yang sememangnya memberikan tambahan beban kepada rakyat negeri Selangor. Disebalik kenaikan ini, Menteri Besar, Datuk Seri Azmin ALi secara berterusan menyalahkan kerajaan pusat kononnya mereka terpaksa menaikkan kadar cukai dan paling melucukan, Azmin mendakwa kerajaan pusat melaksanakansistem cukai yang salah.

Dalam hal ini, bukankah setiap percukaian yang dilaksanakan di negeri Selangor ini tertakluk kepada keputusan yang diraih hasil daripada mesyuarat Exco Kerajaan Negeri serta PBT itu sendiri? Adakah semasa mereka merancang untuk menaikkan kadar cukai mengenai hartanah, mereka ada mengambil kira keadaan semasa rakyat Selangor yang majoritinya mendiami kawasan bandar?

Di Pulau Pinang juga, ceritanya hampir sama. Sudahlah janji untuk menghapuskan Tol Sungai Nyior tidak dilaksanakan, malah kadar caj parking, cukai katil dan pelbagai jenis cukai lagi turut dikenakan kepada rakyat Pulau Pinang tanpa mengira apa jua jenis pendapatan mereka.

Sebolehnya, kerajaan DAP Pulau Pinang mahu mengenakan cukai terhadap semua perkara tanpa memperdulikan kelompok rakyat yang terbeban akibat cukai yang berlebihan ini. Sama seperti Azmin, Lim Guan Eng hanya berminat untuk menyalahkan cukai GST sebagai punca rakyat pulau Pinang tertekan. Walhal, kerajaan negeri sendiri yang menekan rakyatnya sehinggakan setiap satu perkara di Pulau Pinang, semua mahu dicukainya.

Inilah realiti sebenar yang disorokkan oleh kerajaan Pakatan Harapan di Selangor dan Pulau Pinang. Mereka mengelirukan rakyat kononnya cukai GST punca kenaikan kos sara hidup hari ini walhal mereka sendiri turut menekan rakyat mereka sendiri dengan pelbagai cukai yang tidak ada di negeri-negeri lain yang ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional.

Satu hakikat yang harus ditelan oleh semua pihak, negara semakin bergerak maju dan seiring dengan status ini, harga barangan juga turut akan meningkat. Cuma apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan adalah, cuba mengawal peningkatan ini dari terus menerus membebankan rakyat dan GST langsung tidak menyumbang kepada kenaikan harga barangan ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*