Israel Bukanlah Negara Haram- Clive Kessler, Forum Anjuran (IRF)

Share This:

Dalam sebuah forum anjuran badan liberal Islamic Renaissance Front (IRF) yang dipengerusikan oleh Farouk Musa yang diadakan di sebuah hotel baru-baru ini, seorang ahli akademik luar, Clive Kessler memberi komennya dalam forum bertajuk “Islam In Global Politics: A Civilizational Crisis” yang menyatakan Israel bukanlah sebuah negara haram seperti yang sering disebut-sebut warga Malaysia.

 

Clive Kessler, ahli akademik yang berpangkalan di Australia terkini mempersoalkan terma ‘Negara Haram’ yang sering digunakan di Malaysia apabila bercakap tentang ‘Israel’ yang pada hematnya ialah sebuah negara yang telah mendapat mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) dan ianya harus dihormati.

 

“Israel sering digunakan terma, di sini, sebagai ‘Negara Haram’. Kita harus pula bertanya, ‘Negara Haram’, dalam erti kata apa ianya haram? Dilarang untuk diduduki? Tidak sah di sisi undang-undang? Tidak bermoral?” Clive Kessler juga berpandangan bahawa suka atau tidak Israel wujud dengan mandat PBB dan ianya harus diterima kesemua negara ahli.

 

“Suka atau tidak, hakikatnya negara tersebut telah terhasil daripada keputusan yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara ahli.

 

‘Orde Dunia’ tersebut harus diterima pakai ahli-ahli PBB, seperti Malaysia,” kata pensyarah daripada University of New South Wales tersebut di sebuah forum anjuran badan liberal Islamic Renaissance Front (IRF) yang dipengerusikan oleh Farouk Musa.

 

Farouk Musa yang juga Pengarah IRF masih menghadapi tuduhan ‘bersubahat dalam jenayah’ di bawah Seksyen 43 Akta Kesalahan Syariah 1997, yang masih di bawah siasatan JAWI.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*