Culik, Curi Organ Budak Palsu

Share This:

Penculikan dan pembunuhan kejam seorang kanak-kanak di Johor yang tular baru-baru ini adalah palsu, lapor BH Online.


Baru-baru ini, tersebar sebuah gambar di Facebook dan WhatsApp memaparkan seorang kanak-kanak yang terbaring dengan kesan kelar di bahagian leher serta jahitan di sepanjang badan.

Selain itu, kanak-kanak berkenaan dipercayai meninggal dunia dalam keadaan semua organ dalamannya ‘hilang’, kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dalam sebuah kenyataan.

“Turut ditularkan ialah gambar dua individu yang masih dikehendaki oleh Polis Johor (wanted person) yang pernah disiarkan kepada media. la (penyebaran) dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai,” katanya.


Jelasnya, tindakan menyebar dan membuat spekulasi palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes ini boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*