Wanita Ditahan, Buang Bayi Dalam Tandas Kapal Terbang

Share This:

Seorang wanita ditahan oleh Polis Indonesia selepas disyaki membuang bayi yang ditemui mati dalam tandas sebuah pesawat.

Hani, 37 yang berasal dari Cianjur, Jawa Barat ditahan sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dari Bangkok pada jam 1 pagi (waktu tempatan).

Ketua polis lapangan terbang, Ahmad Yusef berkata, “Dia kelihatan tidak sihat dan tidak akan disiasat sehingga dia stabil. Wanita itu kini dirawat di pusat kesihatan lapangan terbang.”

Laporan media tempatan menyatakan Hani adalah seorang pembantu rumah di Abu Dhabi dan bekerja selama 4 tahun di sana.

Dia disyaki melahirkan bayi secara rahsia ketika menaiki penerbangan Etihad dari Abu Dhabi ke Jakarta.

4 jam setelah berlepa, wanita berkenaan mengalami pendarahan dan memaksa kapten untuk mendarat di Bangkok.

“Wanita ini duduk di kelas ekonomi tetapi kemudian baring di kelas perniagaan dengan memakai topeng oksigen.

“Kapten kemudian mengumumkan bahawa pesawat perlu dilencongkan ke Bangkok,” kata kru pesawat, Francesco Calore.

Mayat bayi lelaki yang cukup bulan itu ditemui oleh pekerja pembersihan, lengkap dibalut dengan beg plastik dan diletakkan dalam laci tandas pesawat.

Punca kematian bayi masih lagi dalam penyiasatan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*