Terdesak Jadi PM Sementara, Siti Hasmah Menangis

Share This:

PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Dr Mahathir sendiri mengakui yang beliau memang cuba mengulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah desas desus kuat mengatakan bahawa Mahathir bertindak demikian atas kepentingan agenda peribadi untuk menjadikan anak beliau Mukhriz sebagai perdana menteri memandangkan itu lah satu-satunya cara dikatakan bagi memastikan harta rompakan negara yang berada ditangan kroni, proksi dan penama dapat dibawa pulang untuk menjadi harta warisan keluarga.

Desas-desus tersebut seolah-olah terbukti benar apabila isteri Mahathir Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengalirkan airmata apabila nama suami beliau diumumkan sebagai calon perdana menteri pilihan pembangkang yang diketuai DAP.

Mungkinkah pengumumam ini mampu mengerunkan proksi, kroni dan penama Mahathir yang dikatakan mula menunjukkan tanda-tanda akan berpaling tadah. Jika mereka berbuat demikian menurut sumber, harta-harta rompakan tersebut mungkin hilang dari gengaman keluarga Mahathir.

Berdasarkan video di bawah, Mahathir segera berdiri ketika namanya disebut sebagai pertaruhan Pakatan Harapan yang diketuai DAP sebagai calon pm pilihan mereka. Siti Hasmah pula menjadi sebak dan menitiskan air mata. Begitu terdesak sekali pasangan suami isteri yang berusia hampir 100 tahun ini.

Sebelum ini nama Mahathir disebut-sebut akan dicalonkan pakatan dipimpin DAP untuk menjadi perdana menteri jika berjaya menguasai Putrajaya.  Bagaimanapun khabar itu kekal menjadi cakap-cakap biasa kerana wujud rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah penyokong pembangkang apabila nama Mahathir dipilih.

Malah khabar angin turut bertiup kencang mengatakan Mahathir mempertaruhkan jumlah wang yang banyak kepada pemimpin komponen pakatan bagi memastikan nama beliau dicalonkan.

Sebelum ini pembangkang menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri jika mereka berjaya memenangi PRU akan datang. Kini sekali lagi Mahathir menganiaya suami Wan Azizah.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*