Pemimpin Pembangkang Penuh Dengan Rasuah

Share This:

Apabila disebut sahaja  nama pemimpin dan keluarga  pemimpin pembangkang  yang terlibat dalam amalan rasuah, ketika itu juga berkatalah mereka bahawa itu adalah konspirasi pihak kerajaan dalam usaha memalukan dan menjerat pihak pembangkang.

Rata rata setiap pemimpin yang dituduh berserta bukti  dihadapan mata sekali pun , mereka serta penyokong terus menuding jari kepada pemerintah dan kerajaan Barisan Nasional Diantara alasan yang diberikan ialah  pemimpin kerajaan iri hati dengan kejayaan pemerintahan mereka.

Amalan rasuah dan penyelewengan dana rakyat bukan lagi rahsia dikalangan rakyat serta penyokong mereka sendiri. Sebuah kerajaan pembangkang yang dikatakan memerintah dengan amalan telus dan  bertanggungjawab.

Pada masa yang sama pemimpin pembangkang amat gembira apabila sesuatu siasatan dilakukan ke atas pemimpin kerajaan disabitkan dengan amalan penyelewengan dan sekoyang koyang mereka menuntut penjelasan dan siasatan dilakukan.

Bukan itu sahaja malah mereka terus mendesak agar pemimpin berkenaan dilucutkan jawatan atau diarahkan berhenti dari memegang jawatan yang sedia ada. Inilah sikap pembangkang di Malaysia, dikala ini mereka terus memuji pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang dikatakan telus dalam menjalankan tugasan.

Tetapi tidak sebaliknya, jika ianya berlaku dikalangan pemimpin pembangkang dan dikaitkan serta ditahan dan dibongkar aktiviti rasuah dan penyelewengan dana yang dilakukan oleh mereka  dengan pantas mereka menuduh ianya satu kospirasi jahat kerajaan.

Bukan itu sahaja mereka terus mengatakan tindakan SPRM tersebut mempunyai kepentingan politik pihak kerajaan dan telah dipergunakan oleh ahli politik untuk memerangkap pemimpin pembangkang dan bertujuan untuk menumbangkan mereka.

Agak melucukan apabila portal propembangkang Malaysiakini menyiarkan satu komen yang menyatakan dua buah ne­geri yang diperintah oleh Pakatan Harapan menunjukkan prestasi terbaik dalam memerangi rasuah.

Sebelum ini kita terlah digemparkan  dengan tangkapan yang telah dibuat  oleh pihak berkuasa terhadap Anak lelaki Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa telah ditahan kerana memiliki 200 biji pil kuda

Begitu juga dengan penyelewengan yang tervesar dilakukan oleh Syafie Afdal yang mana melibatkan wang rakyat yang cukup banyak dan tangkapan telah pun dilakukan beserta bukti sejumlah wang yang disimpan.

Begitu juga dengan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly akan didakwa hari ini di mahkamah mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Dalam hal ini , nama Mohamed Azmin paling banyak dikaitkan kemungkinan terlibat dalam beberapa kes rasuah dalam negeri Selangor seperti yang pernah didedahkan oleh Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli.

Hal ini kita dapat melihat, bagaimana Menteri Besar Selangor dan juga pemimpin DAP Pulau Pinang telah menuduh kerajaan mengaturkan konspirasi ke atas  mereka  dalam isu tangkapan yang dilakukan.

Kononnya Azmin Ali berhadapan dengan pembongkaran tangkapan anak saudaranya oleh SPRM itu telah dirancang, sedangkan bukti telah dijumpai  dirumah tertuduh dengan jelas.

Itu perbuatan jelek yang ditunjukkan pegawai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali apabila cuba melindungi perbuatan anak saudaranya yang ditangkap susulan melakukan rasuah dan perlombongan pasir secara haram di Selangor.

“Kita kesal kerana pembocoran maklumat secara meluas melalui media sosial sebelum penahanan tersebut dilakukan jelas menggambarkan wujudnya konspirasi jahat untuk memburukkan reputasi Menteri Besar dan Kerajaan Selangor,” dakwa Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong dalam satu kenyataan media hari ini.

Dari kenyataan yang dikeluarkan tersebut jelas menunjukkan bahawa amalan rasuah di negeri pembangkang telah menjadi halal dan tidak boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Dasar kleptokrasi amalan  pemimpin pembangkang jelas  dilakukan.

Mereka yang ditahan termasuklah dua pengarah syarikat, seorang pengurus tapak dan seorang eksekutif syarikat pengiklanan sedang disiasat di bawah Akta SPRM kerana didakwa merasuah pegawai kerajaan tempatan di Kajang pada 2014. SPRM turut dilaporkan membekukan RM4 juta dalam beberapa akaun bank milik syarikat itu.

Shao Loong seterusnya memberi peringatan supaya siasatan keatas anak saudara Mohamed Azmin itu tidak digunakan oleh mana-mana pihak. Malah dalam hal berkaitan dengan kebajikan rakyat telah diabaikan selama 9 tahun dan rakyat terus mendapat khidmat dari pemimpin kerajaan Barisan Nasional untuk meyelesaikan permasalahan mereka. Inilah akibatnya apabila  terlalu naïf dalam politik sehingga merosakkan kerbajikan yang sedia ada.

Seharusnya rakyat telah sedar dan bukan lagi terpengaruh dengan budaya cakap kosong pemimpin pembangkang yang menjanjikan bulan dan bintang dan akhirnya penyokong ditolak beramai-ramai ke dalam kandang  harimau.

Sekarang rakyat telah nampak bahawa amalan rasuah dan tuduhan kleptokrasi yang ditujukan kepada kerajaan bukan perkara yang sebenarnya tetapi ianya adalah untuk menutup perlakuan pemimpin pembangkang yang amat rakus menjahanamkan  negeri serta menghabiskan wang rakyat untuk anak beranak mereka.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*