Malangnya Nasib Melayu Pakatan Harapan

Share This:

Bulan lalu, ramai pemerhati politik begitu berminat untuk melihat, bagaimana kesemua parti yang menganggotai Pakatan Harapan cuba untuk mendapatkan kata sepakat berhubung siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri dan paling utama, bagaimana pula pembahagian kerusi dilakukan.

Ini kerana, jika dilihat pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu termasuklah Pilihan Raya Negeri Sarawak, ada sahaja percakaran timbul sesama rakan pembangkang. Masing-masing berkeras mahu bertanding di kerusi yang mereka rasakan selamat sedangkan rakan pembangkang yang lain juga mengidamkan kerusi yang sama. Akibatnya, berlakulah percakaran sehingga menyaksikan pertembungan sesama sendiri.

Namun kali ini senarionya berubah. Awal-awal lagi, kesemua kerusi Parlimen yang bakal mereka tandingi di Semenanjung, telah ditetapkan. Mengikut laporan, PPBM memperolehi 52 kerusi untuk ditandingi, PKR sebanyak 51 kerusi, DAP, 35 kerusi dan PAN sebanyak 27 kerusi. Ini menjadikan kesemua 165 kerusi Parlimen di Semenanjung telah diagihkan.

Apa yang menariknya di sini adalah, bilangan kerusi yang bakal PPBM, PKR dan PAN tandingi kelak. Secara kasarnya, memang kerusi yang bakal ditandingi oleh DAP nampak jauh lebih kecil berbanding jumlah kerusi yang mereka tandingi pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu.

Hakikatnya, pembahagian kerusi di sebelah Sarawak dan Sabah masih lagi belum dimuktamadkan. Jika melihat pada rekod lalu, hanya DAP dan PKR sahaja yang bakal bertanding di kerusi-kerusi Parlimen di sebelah Borneo dengan PAN mungkin akan diberi peluang di dua atau tiga kerusi sahaja.

PPBM pula masih belum mampu menembusi politik di sebelah Borneo dan ini sekaligus memberi peluang buat DAP dan PKR menambah jumlah bilangan kerusi yang berbaki sebanyak 57 kerusi ini. Tambahan pula, DAP sudah tentunya mahu mempertahankan kerusi yang mereka secara tradisinya menang dan hanya meninggalkan kerusi yang tidak mampu dimenangi oleh mereka kepada PPBM dan PAN.

Lihat permainan licik DAP dalam menentukan hala tuju kaum Melayu yang menanggotai Pakatan Harapan. Di saat mereka lebih selesa mempertahankan kerusi yang mereka menangi, kaum Melayu di dalam Pakatan Harapan diletakkan di kerusi yang bakal menyaksikan mereka bakal bertembung dengan BN dan PAS.

Dengan keadaan politik pembangkang yang mengamalkan cara politik penuh kebencian, adalah sukar buat PPBM dan PAN menembusi kekebalan BN dan PAS di kerusi yang mereka sendiri yakini tidak akan mampu dimenangi dengan mudah.

Secara kesimpulannya, apabila keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 di umumkan kelak, Hanya DAP yang memperolehi majoriti kemenangan tertinggi di falam Pakatan Harapan dengan PPBM, PAN dan mungkin PKR, sekali lagi terpaksa tunduk dan akur kepada kekuatan dan kekuasaan yang ada pada DAP. Mana letaknya maruah Melayu di dalam Pakatan Harapan?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*