Liverpool Terdesak Cari Pengganti Coutinho

Share This:

LIVERPOOL perlu segera menggantikan pemain Philippe Coutinho, gesa bekas penyerang kelab itu, John Aldridge.

Coutinho berhijrah ke Barcelona pada malam Sabtu selepas Liverpool menerima tawaran bernilai sehingga £142 juta (RM769 juta).

Pemain skuad kebangsaan Brazil berusia 25 tahun yang menyertai Liverpool dari Inter Milan dengan £8.5 juta (RM46 juta) pada Januari 2013 itu, menjaringkan 54 kali untuk pasukan Anfield.

“‘Saya tidak terkejut tetapi kecewa dia (Coutinho) pergi kerana dia seorang pemain yang hebat,” kata Aldridge kepada program BBC Radio 5 Live’s Sportsweek.

“£140 juta adalah wang yang banyak dan Liverpool seharusnya berbelanja dengan bijak.

“Mereka telah membelanjakan £75 juta dengan bijak untuk Virgil van Dijk, pemain yang kita perlukan dalam pimpinan tetapi dia 9Coutinho0 perlu digantikan dan kita perlu melakukannya secepat mungkin,” tambah Aldridge. – Mail Online

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*