Dipilih Sebagai Calon PM, Episod Kegelapan Mahathir Sudah Bermula

Share This:

Pada 1 Januari lepas, penulis sudah menyatakan bahawa tahun baru 2018 adalah tahun kegelapan untuk Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad dan selepas keputusan semalam dipilih sebagai calon Perdana Menteri pada Konvensyen PH semalam, petanda kegelapan itu sudah bermula.

Artikel 1 Januari 2018 yang lalu :-

Mahathir bakal dijadikan alat dan Perdana Menteri boneka oleh parti yang benar-benar berkuasa dalam pakatan sekarang ini iaitu DAP untuk kepentingan mereka dalam mengubah dasar yang sedia ada yang hendak diubah seperti yang diketahui dalam agenda politik DAP.

Perlu diingat, kalau beliau yang pernah jadi Ahli Parlimen Kubang Pasu, Mahathir perlu bertanding dan menang kerusi Parlimen pada PRU14 nanti. Pakatan perlu menang sekurang-kurangnya majoriti mudah dalam Dewan Rakyat untuk membolehkan Mahathir dilantik jadi Perdana Menteri.

Adakah Mahathir bakal menang? Dengan segala prinsip yang sudah dilenyapkan oleh dirinya, rakyat sudah pasti tidak akan memilihnya khususnya orang yang setia memilih beliau dalam pilihan raya ketika masih menjadi Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 2003, iaitu 22 tahun.

Untuk jadi Perdana Menteri yang ada kuasa yang sebenar-benarnya, pemimpin itu perlu memiliki sokongan majoriti dari partinya berbanding parti komponen lain dalam pakatan. Seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, parti UMNO di bawah pimpinannya, adalah parti dengan kerusi paling banyak dalam Dewan Rakyat berbanding parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

Oleh itu, Najib boleh menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri dengan sokongan kuat UMNO dan tidak boleh dijadikan boneka oleh mana-mana pihak. Dalam soal PPBM, parti Mahathir ini, ketika ini dalam Dewan Rakyat, PPBM hanya ada satu kerusi daripada kesemua 222, iaitu kerusi Pagoh yang diwakili Presidennya Muhyiddin Yassin.

Adakah parti lain dalam PH akan bertolak-ansur dan memberikan majoriti kerusi kepada PPBM kerana mahu Mahathir jadi Perdana Menteri atau hanya bagi lebih sedikit kerusi kepada PPBM tetapi tetap tidak majoriti kerana yang majoriti sekarang ini ialah DAP.

Parti DAP sudah pasti tidak akan menyerahkan kerusi mereka untuk ditandingi oleh PPBM pada PRU14 nanti kerana ia akan mengurangkan bilangan kerusi mereka.

Sudah jelas, Mahathir sebenarnya sanggup jadi Perdana Menteri boneka untuk pakatan walaupun jumlah kerusi PPBM sedikit tapi atas ihsan DAP, Mahathir akan jadi Perdana Menteri.

Apa sahaja keputusan Mahathir nanti, boleh ditentang ditolak oleh DAP kerana mereka adalah parti majoriti. Jika enggan menurut, DAP boleh anjurkan usul undi tidak percaya ke atas Mahathir kerana dengan jumlah majoriti kerusi dalam Dewan Rakyat, Mahathir akan terpaksa akur atau jawatan berkenaan akan dilucutkan dek undi tidak percaya.

Semua ini karut dan Mahathir tidak akan jadi Perdana Menteri dengan kuasa penuh kerana dia akan sentiasa berada di bawah telunjuk DAP.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*