Boy Iman Pula Jadi Penyanyi!Tak Sabar Nak Layan Lagu Malas Nak Layan

Share This:

Makin meriah industri hiburan tanah air. Selepas DS Vida, Aliff Syukri dan Sajat, kali ini lagi hebat sebab Boy Iman pun nak jadi penyanyi.

Zaman sekarang ni tak perlu suara hebat nak jadi penyanyi asalkan ada duit. Eh, betul ke?

Foto: IG Boy Iman

Selepas kontroversi yang melanda Boy Iman sebelum ini, dia kembali muncul dengan single terbaru hasil ciptaan sepenuhnya oleh Edry KRU.

Lagu berjudul Malas Nak Layan itu katanya ditujukan khas buat haters, selain kepada peminat yang sentiasa menyokong kariernya dari dulu sampai sekarang.

Ia akan diterbitkan sepenuhnya oleh DBI Entertainment dan dicipta selepas segala musibah yang berlaku terhadap dirinya.

Teaser lagu tersebut juga ada dimuat naik di Instagramnya, dah tak sabar nak lancarkan katanya. Jom layan.


Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang tak sabar untuk menunggu lagu penuh siap, tapi macam biasa pasti ada yang mengutuk juga.

Memang susah nak puaskan hati semua orang tapi Boy Iman malas nak layan.

Foto: IG Boy Iman

Kita tunggu, jangan pula bagi dislike berjemaah nanti. Kesian Boy Iman.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*