Akhirnya, Perjuangan 20 Tahun Reformasi Dibakul Sampahkan

Kira-kira 20 tahun yang lalu, seluruh Kuala Lumpur digegarkan dengan laungan Reformasi dan rusuhan besar disebabkan oleh tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad meecat timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatannya. Laungan dan rusuhan ini cukup menggemparkan negara memandangkan negara berada dalam keadaan yang cukup damai sejak kali terakhir rusuhan seperti ini berlaku pada 13 Mei 1969.

Sejak dari hari itu, gerakan Reformasi ini akhirnya membentuk sebuah parti politik yang kita kenali hari ini sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tujuan utama penubuhan parti ini hanyalah untuk memastikan Anwar akhirnya di pilih sebagai Perdana Menteri Malaysia, jawatan yang cukup diidamkan Anwar sejak menceburkan diri dalam arena politik.

Tidak dapat dinafikan bahawa PKR berdiri dan bergerak hasil daripada gerakan Reformis yang menjadi tulang belakang kekuatan parti ini. Bagi Reformis yang hari ini dikenali sebagai Otai Reformis ini, hanya Anwar sahaja yang layak mentadbir parti dan negara dan mana-mana individu yang tidak sealiran dengan mereka, walaupun dari PKR sendiri, mereka akan menganggap orang itu sebagai musuh mereka.

Selama 20 tahun mereka berjuang hanya untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri dan semalam, segala perjuangan dan perit jerih mereka akhirnya dibalas dengan racun. Melalui Konvensyen Pakatan Harapan yang telah melabuhkan tirainya semalam, individu yang paling dibenci oleh Otai Reformis, Tun Dr Mahathir akhirnya dijulang sebagai calon Perdana Menteri ke ketujuh sekiranya Pakatan Harapan membentuk kerajaan selepas PRU ke 14 kelak.

Keputusan yang diraih ini nyata cukup mengecewakan kelompok pembangkang tegar ini kerana selama ini, mereka menganggap, Mahathir merupakan individu yang penuh kezaliman dan langsung tidak boleh dipercayai. Malah, diberitakan, Anwar sendiri tidak merestui pencalonan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Hawapan walaupun dalam tempoh sementara.

Sekali imbas, keputusan yang diraih oleh DAP, PAN, PPBM dan para pemimpin PKR ini, secara amnya hanyalah meletakkan Mahathir selaku Perdana Menteri interim sebelum Anwar dilantik secara sah sebagai Perdana Menteri kelapan. Namun dari sudut teknikal dan moral, mahukah Mahathir melepaskan jawatannya sekiranya dia akhirnya diangkat sebagai Perdana Menteri semula? Sudah tentu tidak.

Yang menjadi mangsa adalah kelompok yang begitu setia dan tegar menyokong Anwar. Keputusan yang diraih hasil daripada konvensyen berkenaan boleh diibaratkan sebagai mengkhianati perjuangan mereka. Malah lebih hina lagi, para pemimpin Pakatan Harapan telah membakul sampahkan perjuangan mereka dengan melantik musuh utama Otai Reformis sebagai calon Perdana Menteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *