Tarikh Pembebasan Penjenayah Liwat Anwar Ibrahim Tiada Kaitan Dengan Parol Atau Pengampunan

Share This:

TEKA-teki tarikh pembebasan penjenayah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab. Jabatan Penjara hari ini mengesahkan Anwar akan selesai menjalani hukuman penjara 5 tahun ke atasnya pada 8 Jun, 2018, berdasarkan amalan memendekkan hukuman di bawah peraturan penjara.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata berdasarkan Seksyen 44, Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43 (1) (a) Peraturan-Peraturan Penjara 2000, banduan yang dijatuhkan hukuman lebih sebulan boleh diberikan remitan 1/3.

Semalam, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata suaminya akan dibebaskan pada 11 Jun.

Tarikh pembebasan Anwar adalah 10 Jun, tetapi memandangkan ia jatuh pada hari Ahad, tarikh itu diubah kepada Jumaat, iaitu 8 Jun.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan sabitan berhubung kesalahan liwat terhadapnya. Beliau dituduh meliwat bekas pekerja pejabat PKR, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

 

Sepertimana dimaklumi berbagai kenyataan dan laporan telah dibuat oleh pihak tertentu terutamanya melalui media sosial berhubung tarikh pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari Penjara. Kenyataan Jabatan Penjara ini bagi menjelaskan perkara tersebut.

Pada 10 Februari 2015 Mahkamah Persekutuan Putrajaya telah mengekalkan sabitan bersalah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara mulai 10 Februari 2015.

Sehubungan itu dimaklumkan pengiraan tempoh hukuman yang perlu dijalani dan tarikh pembebasan Dato’Seri Anwar Ibrahim telah dibuat oleh Jabatan Penjara berasaskan ketetapan Seksyen 44, Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43 (1) (a) Peraturan-Peraturan Penjara 2000. Akta dan Peraturan tersebut memberikan 1/3 remitan daripada hukuman kepada mana-mana banduan yang menjalani hukuman melebihi satu bulan.

Pengiraan hukuman yang dibuat mendapati tarikh pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim adalah pd 10 Jun 2018.

Walaubagaimanapun Peraturan 28 Peraturan-Peraturan Penjara 2000 juga menjelaskan bahawa jika pembebasan seseorang banduan jatuh pada hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am, banduan hendaklah dibebaskan pada hari sebelumnya. Oleh kerana 10 Jun 2018 adalah hari Ahad dan 9 Jun 2018 adalah hari Sabtu, Dato’ Sri Anwar Ibrahim boleh dibebaskan pada 8 Jun 2018 iaitu pada hari Jumaat.

Sehingga tarikh kenyataan ini dikeluarkan Jabatan Penjara Penjara Malaysia dan Penjara Sungai Buloh tidak menerima apa-apa waran atau perintah dari mana-mana pihak berkuasa yang kompeten yang mengarahkan hukuman terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipinda. Tarikh pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim iaitu pada 8 Jun 2018 juga tiada sebarang kaitan dengan pelaksanaan Sistem Parol atau apa-apa perintah dari Lembaga Pengampunan.

Terima kasih

Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar
Ketua Pengarah Penjara Malaysia

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*