Mahathir Sedang Hancurkan Bangsa Melayu

Share This:

Sejarah yang memilukan itu hasil pengkhianatan bangsa Melayu yang mana telah dijajah selama 500 tahun dan  setelah merdeka pada tahun 1957 Melayu mula bangkit dengan acuan yang lebih kepada semangat nasionalisme.

Semangat ini terus diserapkan ke dalam jiwa orang Melayu agar terus mendaulatkan Negara , Islam dan bangsa melayu dan ianya mesti dipertahankan dalam apa juga keadaan  agar sejarah hitam bangsa Melayu tidak akan beulang lagi.

Namun begitu, usaha memperbaiki kedudukan orang Melayu masih jauh dan sukar. Menjelang pilihan raya umum 1969, orang Melayu masih jauh tertinggal dan bertambah lemah terutama dalam kedudukan ekonomi.

Langkah penggubalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan penubuhan Barisan Nasional (BN) merupakan sumbangan besar UMNO untuk mewujudkan negara Malaysia yang adil dan maju.

Walaupun DEB sudah berakhir tetapi semangatnya wajar diteruskan kerana ia merupakan sebahagian daripada agenda Melayu untuk melahirkan bangsa yang cemerlang dan hidup di tanah air sendiri.

Malaysia meneruskan gagasan Persekutuan Tanah Melayu dengan membawa konsep bumiputera bagi mempertahankan hak dan memperbaiki kedudukan politik serta ekonomi orang Melayu dan peribumi di Sarawak dan Sabah, di samping mengelak Singapura daripada jatuh ke tangan komunisme.

Singapura kemudian dikeluarkan bagi menghalang usaha parti pemerintah negara itu yang cuba mengubah gagasan Malaysia. Konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan mereka itu akan menjejaskan usaha menguatkan kedudukan politik dan ekonomi bumiputera.

DAP sebuah parti yang dilahirkan dengan semangat perkauman  pada tahun 1966 telah menjadi sebuah parti politik yang sombong dan angkuh  serta telah menganjurkan dasar dasar sosialis liberal yang mana  menjadikan agenda Malaysian Malaysia sebagai dasar politik.

Dasar penindasan dilakukan sejak dahulu lagi dan menjadikan bangsa Melayu sebagai sasaran untuk dilemahkan dan menguasai dalam kepelbagaian bidang tanpa ada sekatan asalkan ianya tidak menyalahi undang-undang di Malaysia.

Dasar-dasar ini telah diikuti sebagaimana PAP lakukan di Singapura, DAP telah telah melakukan perkara yang sama di Pulau Pinang dimana menjadikan Melayu sebagai mangsa dan bangsa yang mesti diletakkan didalam kelas bawahan.

Dasar pemecahan  kelompok dilakukan,  Lihat kepada status orang Melayu di Singapura hari ini. Mereka terus menjadi kaum dalam kelas bawahan di republik yang majoritinya dikuasai kaum Cina.

Sistem pendidikan di Singapura turut menindas kaum Melayu yang berada di kelas bawahan dan dikategorikan sebagai rakyat termiskin di republik itu. Jangan kita hairan setengah daripada orang Melayu terus tersisih dan tinggal di pulau pulau kecil yang berdekatan.

Menafikan keistimewaan Melayu sebagaimana dilakukan PAP melalui konsep Malaysian Malaysia sebelum disingkirkan keluar dari penubuhan Malaysia, ia juga akan menidakkan kuasa Raja-Raja Melayu di negara ini.

DAP berterusan mendakwa parti mereka adalah sebuah parti berbilang kaum dan kononnya ‘anak Melayu tidak dipinggirkan dalam DAP.’ Hakikatnya, kepimpinan DAP itu sendiri tidak mencerminkan dakwaan itu.

Tetapi amat malang apabila Melayu mula melupakan sejarah ini dan beranggapan sejarah silam  hanya rentetan cerita sebuah Negara yang tidak akan berulang dizaman  rakyatnya yang semakin terpelajar. Tetapi mereka lupa bahawa “Jerat tidak pernah lupa pada pelanduk”.

Apa yang sedang berlaku sekarang ialah boleh diandaikan seperti Hang Tuah sangat taat dan bijak berfikir. Hang Tuah bukan melindungi Sultan Mansur Syah, tetapi institusi raja yang bermakna, kerajaan pada masa itu.

Secara halusnya Hang Tuah  bukan membunuh sahabatnya Si Jebat, tetapi membanteras anasir-anasir perosak dan pensabotaj negaranya. Itulah pemikiran Hang Tuah yang sangat jauh dan patriotik.

Sebaliknya Hang Jebat yang sangat cetek. Beliau cuba menghapuskan kerajaan seluruhnya, hanya kerana seorang raja yang tidak disenangi, dan sanggup membunuh rakyat semata-mata untuk membuktikan keperwiraannya.

Ini lah corak politik sekarang dimana  terdapatnya Hang Tuah dan Hang Jebat dimana keduanya sedang menunjukkan kehebatan untuk menjadi pejuang yang mempunyai  berlainan misi yang nyata dan misi yang tersembunyi.

Maka, sebagai sebuah parti paling dominan dalam pakatan pembangkang, DAP secara jelas memperalatkan Dr Mahathir bagi memecahbelahkan orang Melayu tanpa dilihat sebagai sebuah parti rasis.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya mempunyai satu kerusi Parlimen yang disandang oleh presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi Parlimen Pagoh namun agak pelik apabila pengerusi parti masih mentah ini, dilantik sebagai pengerusi Pakatan Harapan.

Sudah tentu tujuannya adalah untuk menguasai sokongan Melayu dengan mengambil kira orang Melayu masih lagi bersikap sentimental terhadap Dr Mahathir disebalik segala dosa dan khianat DAP sebagaimana dilaungkan bekas perdana menteri itu selama lebih 22 tahun.

Apatah lagi, konsep propaganda menggunakan individu dari kaum itu sendiri dapat mengelak DAP dari dilihat sebagai parti rasis sebagaimana yang Dr Mahathir fahami dan ketahui selama lebih 22 tahun.

Ia juga mengelak DAP dari dipersalahkan apabila Pakatan Harapan tewas pada Pilihanraya Umum ke-14 nanti.Hakikat bahawa menyokong ‘perjuangan’ Dr Mahathir adalah menyokong ‘Malaysian Malaysia’ yang menjadi halatuju DAP tidak boleh disangkal lagi.

Menggunakan kaedah berfikir Mahathir  hanya akan menjerumuskan kita kepada kehancuran, kerana inginkan keadilan dan kemakmuran segera dengan menghancurkan pihak yang dianggap musuh, sebelum benar-benar dikenalpasti.

Baru-baru ini, portal pro DAP, Malaysiakini memetik sumber sebagai berkata Dr Mahathir akan dilantik sebagai calon Perdana Menteri pilihan Pakatan Harapan secara sementara sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Anwar.

Katakanlah Dr Mahathir tidak mahu menyerahkan jawatan itu, sudah tentu DAP sebagai parti paling dominan dalam pakatan pembangkang itu akan melenting. Ini tidak mustahil kerana dengan jumlah kerusi dipegang DAP, ia mampu menyingkir Dr Mahathir dengan mudah sebelum meletakkan Perdana Menteri boneka mereka.

Lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang. Bagaimana PAS yang tidak lagi senada dengan mereka disingkir dari pentadbiran kerajaan dengan mudah.Penyingkiran orang Melayu dari bahagian pulau di Pulau Pinang juga ketara dengan tirani pentadbiran DAP.

“Tempat orang Melayu sendiri tak boleh berniaga,” keluh peniaga Melayu di Pulau Pinang.

Tidakkan ia sama dengan strategi PAP Singapura? Kononnya memenangi hati Melayu namun disebalik dakwaan itu, penindasan dilakukan secara teratur sehingga kaum Melayu di Singapura adalah kumpulan terlampau tinggi dalam strata paling rendah dalam sosioekonomi Singapura.

Kesimpulannya mudah. Apabila orang Melayu tidak mampu berniaga lagi, mereka akan hilang pendapatan dan secara perlahan keluar dari pulau itu bagi mencari sumber baharu. Disinilah bermulanya bangsa Melayu akan menjadi pendatang dan mengemis dibumi sendiri.

Antara petikan Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan ialah:

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

Inilah antara yang ditentang hebat oleh Kuan Yew yang melaungkan konsep Malaysian Malaysia antara 1963 hingga 1965 sebelum disingikir dari Malaysia.

Perlu difahami, apabila peruntukan melalui Artikel 153 ini dimansuhkan bagi merealisasikan hasrat DAP melalui konsep Malaysian Malaysia, ia sekaligus menghapuskan kuasa Yang Di-Pertuan Agong sebagai pelindung kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

Sejak penubuhannya pada 1966, DAP menggunakan lanskap dan matlamat yang sama digunakan PAP iaitu konsep Malaysian Malaysia di mana kewujudannya adalah bagi menafikan keistimewaan Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Ini disebalik dakwaan DAP kononnya mereka tidak mengenepikan kaum Melayu, sama seperti laungan PAP sebelum disingkir keluar dari Malaysia.

Sudah tentu DAP menafikan mereka akan meminggirkan kaum Melayu jika dapat memerintah nanti kerana strategi yang sama turut digunakan oleh Kuan Yew ketika meraih sokongan kaum Melayu di republik itu.

Kuan Yew turut sanggup mengenakan songkok yang dianggap sebagai sebahagian dari pakaian orang Melayu bagi memenangi hati kaum itu.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*