Agenda Peribadi Buat Pembangkang Sanggup Mencantas Sesama Sendiri

Share This:

Politik pembangkang,  apa sahaja boleh berlaku, perkara yang tidak masuk akal juga boleh berlaku. Perkara ini bukan perkara baharu dalam politik pembangkang. Ini adalah kerana  setiap pemimpin ada agenda masing masing dan bukan untuk rakyat tetapi untuk diri dan kroni mereka.

Sebagaimana Mahathir yang berusaha keras untuk memastikan anak kesayangannya  “boboi” terus hidup dalam politik dengan mengecapi kuasa dan menggunakannya untuk anak beranaknya adalah  impian Mahathir.

Disamping itu, lantikan Mukhriz adalah amat berharga untuk Mahathir, kerana lantikan ini berharga berbillion ringgit. Jadi tidak hairanlah kenapa Mahathir sanggup menjadi pengkhianat kepada orang Melayu dengan bersekongkol  berasama DAP.

Dalam hal yang demikian, Mahathir sedar  dia harus melenyapkan  halangan-halangan yang ada untuk memastikan cita-citanya tercapai, Halangan tersebut sudah pastinya datang dari orang yang paling rapat didalam PPBM sendiri.

Sebagai Presiden sesebuah parti, untuk menjatuhkannya sudah pasti ia memerlukan perancangan yang teliti dan sempurna untuk memastikan ia berjaya. Begitulah yang terjadi kepada Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang cuba disingkirkan dari kamus politik oleh Mahathir.

Sebenarnya Muhyiddin tidak sedar, yang menghancurkan beliau di jawatan TPM adalah Mahathir. Ini kerana Muhyiddin enggan setia pada Najib dan memilih Mahathir kerana percaya janji Mahathir untuk menjadikannya sebagai PM.

Perkara ini sudah tidak berlaku, malah Mahathir telah dicadangkan sebagai nama yang bakal menyandang jawatan Perdana Menteri sedangkan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apakah muhyiddin tidak sedar bahawa  dia sedang dihapuskan secara halus oleh Mahathir?

Di akhirnya nanti, Muhyiddin bakal disingkirkan sebagai Presiden PPBM dan anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan dilantik sebagai Presiden sekaligus tamatlah nyawa politik Muhyiddin dalam sejarah negara.

DAP yang mana sudah dikenali sebagai sebuah parti yang amat zalim serta perkauman terutama  kepada bangsa Melayu. Dan Mahathir sendiri telah mengakuinya. Jadi jika tidak dsebabkan sesuatu yang amat berharga yang dicarikan , mustahil bagi Mahatir untuk bersama DAP.

DAP sanggup mencantas pemimpin mereka sendiri jika tidak sehaluan dengan  pendirian sokongan terhadap Guan Eng. Ini amat jelas apabila beberapa pemimpin DAP , PKR serta PAS yang telah disingkirkan dalam arena politik hanya kerana percanggahan pandangan yang dikatakan akan mengugat sokongan terhadap Guan Eng.

Dasar-dasar kejam ini bukan sahaja diamalkan malah didalam persidangan CEC juga kita melihat bagaimana ahli yang menang dalam pengundian boleh diletakkan pada rangking yang bukan sepatutnya diletakkan. Perkara ini dilakukan hanya untuk memberikan laluan kepada pemimpin kanan yang menyokong Guan Eng.

Begitu juga dengan PKR yang diketuai oleh Anwar Ibrahim satu ketika dahulu,  bercakap mengenai perjuangan Anwar adalah diantara orang yang begitu hebat dipentas perdana. Namun disebalik kehebatannya ada sesuatu yang tersembunyi.

Anwar sejak melancarkan reformasi dimana telah menghuruharakan Negara satu ketika dahulu (1998) setelah  perlucutan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Mahathir Mohamad dengan alasan telah melakukan perbuatan liwat penyalahgunakuasa.

Walaupun demikian Anwar masih boleh meletakkan Isterinya sebagai perantaraan politik dari tirai besi. Meletakkan anaknya sebagai Ahli Parlimen, dan mungkin seorang lagi akan menyusul. Dasar dasat kroni yang sama diamalkan bersama  Mahathir.

Politik PKR juga melihat betapa busuknya hati setiap pemimpin yang ada didalamnya. Mana tidaknya  boleh dikatakan setiap p[erjalanan politik  pemimpin PKR sudah pastinya ada niat untuk membenamkan diantara satu dengan yang lain.

Sebagai contoh yang nyata, Setelah berjayanya  gerakan untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dengan alasan yang tidak masuk akal. Sekarang PKR telah melakukan “u-Turn” dengan mengatakan bahawa semua itu hanya rekaan sahaja.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memecat keahliannya tahun kerana dituduh tidak amanah dapat diselesaikan dengan rukun telah mengemukan saman terhadap PKR. Perkara ini berlaku setelah  Khalid bersetuju menerima permohonan maaf bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan juga PKR dan membatalkan saman yang dikemukakannya terhadap parti itu.

Agak malang bagi penyokong PKR yang mana selama ini telah bergelumang  bersama melakukan fitnah terhadap Khalid Ibrahim  mungkin ketika ini sedang mengaru kepala  apabila  PKR sudah mengaku bahawa apa yang dipertuduhkan terhadap Khalid adalah tidak benar dan akur dalam mahkamah tidak akan mengulangi cercaan terhadap Khalid.

Kejadian ini berlaku apabila pemimpin PKR yang melakukan fitnah terhadap Khalid serta menurunkan nya dari Kerusi Menteri Besar Selangor hanya disebabkan mahu memberikan kerusi tersebut kepada Wan Azizah.

Semua ini  dilakukan selaras cita-cita Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengukuhkan empayar politiknya dengan bertegas mahu meletakkan isterinya, Wan Azizah sebagai menteri besar walaupun rakyat sedia maklum kemampuan Wan azizah yang agak lembab.

Sekarang rakyat sedang melakukan penilaian terhadap semua pemimpin PKR dimana terlalu banyak penindasan dilakukan terhadap rakyat dan banyak diantara janji-janji pilihanraya yang tidak ada disenaraikan untuk rakyat.

Pemimpin pembangkang hanya  berjawatan tetapi hanya untuk memastikan kekayaan yang berada dihadapan mata menjadi milik mereka seberapa banyak yang mampu mereka kaut. Selangor pada satu ketika dahulu sebuah negeri yang maju kini sudah amat maju dengan pembiakan Aedes.

Jika PKR sanggup bersikap curang dengan membuat tuduhan dalam 91 mukasurat untuk menjatuhkan menteri besar yang sebelum itu ditimang-timang sebagai pemimpin contoh terbaik bagi parti itu sendiri. Bagaimana dengan nasib rakyat?

Sudah pastinya hanya Barisan Nasional juga sebagai tempat rakyat mengadu dan bukannya DAP atau PKR atau PPBM yang mana ketiga tiga parti tersebut adalah pengamal kronisme dan nepotisme yang amat dasyat sehingga sanggup melakukan sesuatu luar jangkaan.

Dalam ertikata yang lain, penyokong PKR adalah penyokong yang amat malang sekali dan mungkin amat bertuah bila mereka bersama pemimpin dan rapat dengan pemimpin atasan dan terus memperkayakan diri mereka dan tidak pernah mahu melihat prihal permasalahan rakyat.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*