Perbezaan Jantina Bukan Pada Alat Kelamin Sahaja – Aktivis Mak Nyah

Share This:

 

Kehidupan sonsang harini semakin membimbangkan apabila gejala ini semakin berleluasa, berikutan itu , kerajaan negeri Terengganu akan mengadakan kursus kesedaran kepada golongan ‘mak nyah’ atau pondan di seluruh negeri ini setelah jumlah sebenar mereka yang terjerumus ke dalam gejala itu diperoleh.

 

Namun, aktivis mak nyah, Nisha Ayub menyelar hasrat murni kerajaan Terengganu untuk membantu golongan mak nyah kembali kepada kehidupan dan jalan yang lurus.

 

Menurut sumber berkata, sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Encik Ghazali Taib telah mengkhabarkan mengenai kesediaan kerajaan negeri untuk mengadakan pelbagai program termasuklah memberi bantuan bagi memulakan perniagaan kecil untuk membantu golongan mak nyah menjauhi kegiatan pelacuran atau aktiviti yang tidak bermoral.

 

“Wahai YB Ghazali Taib, cubalah faham bahawa kami Mak Nyah bukanlah masalah tetapi masalah diciptakan kepada kami oleh mereka yang berusaha sedaya upaya untuk menidakkan hak kami terhadap identiti milik kami.”

 

Mak nyah yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa termasuk Anugerah Wanita Berani oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat ini juga menempelak pemakaian neraca agama yang dianggap seolah-olah mahu menidakkan hak golongan lelaki yang gemar memakai pakaian wanita ke atas diri mereka sendiri.

 

Nisha Ayub berkata, “Mengapa orang tidak berhenti menggunakan agama atau kepercayaan-kepercayaan peribadi ke atas orang lain? Berhenti menekan jalan kebenaran atau pendapat anda ke atas orang lain.”

 

“Berhentilah dari menafikan hak kami ke atas kehidupan kami sendiri.” Menurutnya lagi, sekiranya kerajaan Terengganu berhasrat untuk meneruskan perancangan mereka, secara tidak langsung ini membawa kepada pelanggaran hak asasi golongan mak nyah seperti beliau.

 

Beliau berkata, “Mereka perlu melihat kaedah ini sebenarnya mencabul hak kami sebagai manusia seperti Perkara 8 – kesamarataan, Perkara 10 – hak kami untuk berpersatuan, hak dan ekspresi, Perkara 5 – kebebasan diri dan pelbagai lagi.”

 

Nisha Ayub juga menasihati pihak kerajaan negeri Terengganu agar belajar memahami hakikat bahawa perbezaan jantina bukan hanya ditentukan oleh alat kelamin seseorang semata-mata.

 

Beliau berkata, “Pertamanya, sebelum mereka mahu mengadakan sebarang kursus kesedaran atau taubat kepada komuniti mak nyah, mereka perlu memahami apakah itu transgender dan perbezaan di antara identiti jantina, organ-organ seks, ekspresi dan seksualiti (SOGIE).”

 

Beliau juga meluahkan ketidak puasan hatinya terhadap kegagalan masyarakat Malaysia masa kini untuk menerima golongan mak nyah seadanya tidak seperti pada masa yang lalu di mana mereka diterima dengan baik oleh masyarakat.

 

Beliau mengeluh, “Cubalah untuk belajar sejarah golongan trans Malaysia sewaktu sebelum tahun 80an di mana komuniti ini boleh hidup di kalangan masyarakat awam dan mereka masih diterima seadanya.” “Amatlah sedih kerana kita sebenarnya sedang mundur kebelakang dan bukannya maju dalam perihal komuniti trans.”

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*