Mangsa Liwat Anwar Anggap Azmin Lebih Sesuai Daripada Mahathir

Share This:

Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan mangsa liwat bekas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibarahim itu mencadangkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai calon yang lebih sesuai diangkat sebagai Calon Perdana Menteri bagi Pakatan Pembangkang.

 

Jelas Mohd Saiful, walaupun Azmin tidak di kategori dalam golongan muda, namun beliau lebih muda berbanding ‘calon lain’.

 

“Beliau muda jugalah jika dibandingkan calon PM pembangkang sekarang ini yang sudah 93 tahun. Beliau juga banyak Idea ‘fresh’, bertenaga dan kurang mengamalkan politik lama,” kongsinya di laman Facebooknya.

 

Kenyataan Saiful seolah-olah tidak setuju Mahathir menjadi perdana menteri kerana usianya yang terlalu tua, apatah lagi cadangan Tun M sebagai PM juga dikatakan tidak mendapat persetujuan lagi daripada Veteren PKR yang lain.

 

Sebelum ini juga, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menyifatkan dirinya sudah terlalu berusia untuk kembali menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, itu pun jika rakyat terdesak barulah mahathir menawarkan dirinya jadi perdana menteri.

 

Manakala, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dicalonkan sebagai PM selepas dibebaskan namun ia tidak dizahirkan secara terang-terangan.

 

Anwar juga pernah menyatakan Mahathir boleh jadi PM kalau di persetujui PH. Ini kerana dia tahu PH tak setuju Tun Mahathir jadi PM.

 

Menerusi perkongsian Saiful baru-baru ini juga, kenyataan beliau mencadangkan Azmin adalah sekadar pandangan peribadi beliau terhadap Azmin sahaja.

 

“Saya tidak ada kepentingan dengan Azmin. Beliau pun hentam saya. Sekadar memberi pandangan seorang rakyat yang mahukan kesegaran politik,” katanya.

 

Ironinya,jika tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad menawarkan diri dia sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 jelas menunjukkan sebenarnya tiada siapa yang layak untuk memegang jawatan tersebut di kalangan pembangkang kerana masing-masing hanyalah mencadangkan dan takut kesan yang mereka akan terima daripada gabungan tiga parti itu.

 

Kecelaruan yang mungkin berlaku di pihak pembangkang maka mereka tidak boleh menjadi pemerintah yang adil sebaliknya ia akan membahayakan negara dan masyarakat umum.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*