Mahathir  Dan Anwar Kena “Checkmate” Dengan Lim Kit Siang  

Share This:

Sebagai langkah keselamatan pemimpin seperti Lim Kit Siang, Mahathir perjuangan untuk membebaskan Anwar Ibrahim hanya keutamaan untuk meraih sokongan dan simpati dikalangan pengundi sahaja.

Semua pemimpin Pakatan Harapan tahu bahawa  kesalahan jenayah liwat yang dilakukan oleh Anwar itu bukan satau fitnah dan pembohongan , malah menukar status jenayah liwat kepada  pesalah politik hanya retorik politik semata mata.

Tujuannya ialah untuk memastikan kesalahan memenjarakan  Anwar Ibrahim diletakkan ke atas bahu Najib Razak dan pengundi terus menjadikan  isu tersebut satu kezaliman  kerajaan terhadap Anwar Ibrahim.

Isu meletakkan nama sebagai Perdana Menteri telah diputuskan  oleh Pakatan  dan secara bersyarat telah menamakan Mahathir dan Wan Azizah sebagai nama yang akan menjadi perdana Menteri dan Timbalan.

Menamakan Mahathir dengan bersyarat adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh Kuan Yew  satu ketika dahulu untuk satu jangka masa yang ditetapkan  sehingga beberapa halangan bagi PAP berkuasa sepenuhnya.

Sebenarnya DAP lakukan  dengan meletakkan  jawatan perdana menteri yang bersyarat itu  adalah bersifat boneka yang tersembunyi. DAP pada masa yang sama akan mengawal segala keputusan yang akan dibuat jika ianya tidak mendatangkan faedah kepada DAP.

Rakyat amat yakin, DAP akan menggunakan Perdana Menteri berbangsa Melayu nanti sebagai landasan untuk melernyapkan halangan untuk mereka menjadi perdana menteri.

Perkara ini kita dapat lihat dengan serangan yang dilakukan  berkaitan isu ketuanan Melayu serta Raja Melayu dan Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan Negara.

Sekarang DAP mempunyai kerusi majoriti dikalangan PKR, PPBM dan PAN, dengan jumlah tersebut DAP adalah dominan dalam membuat apa juga ketusan. Apakah akan berlaku  selepas  berakhirnya PRU14 yang akan berlangsung tidak lama lagi?

Sudah pastinya DAP akan mendapat jumlah kerusi paling banyak untuk ditandingi pada PRU14 nanti berbanding parti-parti lain dalam Pakatan Harapan. Kerusi-kerusi yang dulunya ditandingi oleh PAS akan dituntut oleh PAN dan perlu diberi sebahagiannya juga kepada PPBM.

Begitu juga “kerusi milik PKR” perlu dikongsi dengan PPBM. Adakah pemimpin utama DAP itu akan menolak jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang PRU-14 dalam keadaan DAP menang paling banyak kerusi pada PRU14?

Harus kita ingatkan dan pesankan bahawa isu DAP untuk menjadi tongak pemerintah Negara bukan sekarang tetapi telah diidamkan oleh Kit Siang sejak tahun 1969 lagi. Tetapi ada halangan berkaitan dengan sokongan Melayu pada ketika itu.

Cita-cita Lim Kit Siang untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan menjadi kenyataan jika Pakatan Harapan menang PRU 14. Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim hanya merupakan alat politik Lim Kit Siang untuk meraih undi orang-orang Melayu.

Ini adalah strategi licik politik DAP; iaitu menggunakan pemimpin Melayu sendiri untuk menghancurkan kuasa politik orang Melayu seperti yang dikatakan oleh Superman Hew Kuan Yew.

Mahathir akan disingkirkan apabila segalanya sudah berada dihadapan mata DAP nanti. Dikala itu orang Melayu akan  faham dan  mengalir air mata darah sekali pun tidak berguna lagi. Untuk ketika ini sememangnya DAP bersikap baik sebagai mana sebelum memerintah Pulau Pinang.

Tetapi agenda licik DAP itu boleh kita ketahui dengan melihat sejarah politik yang berlaku di Singapura dimana perdana Menteri bersyarat diletakkan atas nama orang Melayu. Setelah semua halangan dihapuskan sehingga kini tiada istilah Melayu di Singapura. Malah disingkirkan.

DAP secara terangan telah menggunakan Mahathir dan Anwar sebagai subjek yang akan meyebabkan kontra berlaku dikalangan penyokong PPBM dan PKR berikutan  jawatan bersyarat tersebut, Penyokong yang hanya tahu politik asas dan menyokong membuta tuli.

Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara manakala Tun Dr Mahathir bukan seorang Ahli Parlimen. Kedua-duanya tidak boleh jadi calon Perdana Menteri. Sehingga hari ini Tun Dr Mahathir belum punya kawasan Parlimen untuk bertanding pada PRU 14.

Tun Dr Mahathir hanya syok sendiri sahaja apabila dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Harapan sedangkan beliau tidak punyai kerusi Parlimen dan belum lagi memenangi apa juga kerusi pilihanraya. Menamakan Mahathir adalah satu bentuk penghinaan DAP terhadap PPBM.

Mahathir dan Kit Siang kini dalam keadaan yang tertekan apabila peratus sokongan terhadap PPBM dan DAP terus menjunam dan  kedua dua parti ini termasuk PKR sedang menghadapi berbagai skandal yang melibatkan wang rakyat dan  rompakan harta negeri yang dasyat.

Mahathir pula sedang berusaha untuk menutup dan menghalang laporan siasatan isu berkaitan Forex dikeluarkan dan disebarkan untuk pengetahuan rakyat. Dalam mengekalkan pendirian bahawa  Mahathir tidak tahu menahu isu berkaitan forex, secara ajaibnya dia menghalang untuk rakyat mengetahui kebenarannya.

Isu kerugian Forex ini telah diakui oleh bekas Timbalan Gabenor Bank Negara (BNM) Datuk Abdul Murad Khalid pada minggu lalu mendedahkan bank pusat kerugian USD10 bilion (RM33 bilion nilai pada waktu berkenaan) pada 1994 disebabkan salah percaturan perdagangan spekulasi mata wang antarabangsa.

Jadi Isu jawatan hanya retorik semata mata, Isu forex adalah durinya, DAP tetap akan melagakan PKR dan PPBM dalam isu jawatan perdana menteri sementara dan agenda melucutkan Anwar sebagai perdana menteri adalah perancangan Kit Siang dan Mahathir.

 –  pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*