Hasrat Model Janji Oral Seks Musnah Selepas Mukanya Digigit Anjing

Share This:

Seorang model Itali yang menjanjikan oral seks kepada lelaki yang mengundi menentang Perdana Menteri negara itu dalam proses pungutan suara pada 2016, terpaksa melupakan hasratnya untuk mengadakan siri jelajah oral seks selepas mukanya digigit anjing.

 

Paola Saulino, 28, membuat janji berkenaan kepada penduduk Itali bagi menentang pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Matteo Renzi, ketika itu.

 

Menurut sumber berkata, sejak keputusan itu menyebelahi Paola, dia mendakwa telah melakukan dan memuaskan 400 lelaki. Manakala Renzi telah meletak jawatan.

 

Namun selepas digigit anjing, doktor menasihatkan dia supaya berehat daripada mengadakan jelalah `Pompa Tour’ itu.

 

“Doktor nasihatkan saya supaya tidak menggerakkan mulut saya untuk beberapa bulan,’’ katanya.

 

Muka Paola mengalami kecederaan yang teruk selepas anjing milik kawannya telah melompat dan menggigit mukanya. Ia mengakibatkan hidung dan bibirnya luka.

 

Tidakan Paola yang menjanjikan oral seks itu telah dikecam sebagai tidak bermoral dan sekadar mencari publisiti. Mereka juga meminta Paola menunjukkan bukti bahawa dia berjaya memuaskan 400 lelaki.

 

Namun Paola bercadang untuk melawat Rome, Florence. Bologna, Verona, Milan, Turin, Naples, Bari, Lecce dan Palermo bagi tujuan berkenaan dan turut meminta lelaki mengisi borang untuk membuat tempahan.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*