Wanita Hamil Maut Kena Renjatan Elektrik Ketika Caj Telefon Bimbit

Share This:

 

Seorang wanita yang sarat mengandung meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbitnya yang dicaj ketika dia sedang mandi di dalam tab.

 

Menurut sumber berkata, lebih memilukan apabila wanita yang berusia 21 tahun dari Perancis itu hanya dua minggu dari tarikh jangkaan melahirkan anak. Suaminya menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

 

Lelaki itu menghubungi paramedik namun mangsa gagal diselamatkan.

 

Mangsa dan suaminya itu bagaimanapun tidak didedahkan identiti.

 

Pihak berkuasa masih menyiasat kejadian terbabit. Tidak diketahui bagaimana punca renjatan itu boleh berlaku.

 

Sementara suaminya terpaksa dibawa ke hospital selepas terkejut dengan kematian isterinya.

 

Justeru, elakkan mengecaj telefon dipermukaan basah atau diletakkan berdekatan dengan bahan mudah terbakar seperti tilam atau bantal.
Ada juga kes kebakaran akibat penggunaan pengcaj atau bateri (tidak asli) yang membawa kepada terjadinya kes kes terpencil seperti gambar dibawah.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*