“Tukang Potong Tangan Pencuri Dah Ada,” -Kelantan Guna Khidmat Pakar Bedah, Netizen Bantah

Share This:

Isu pelaksanaan hukum hudud sudah lama dibincangkan di Malaysia sama ada patut dilaksanakan atau tidak.

Baru-baru ini Kerajaan Kelantan telah mengumumkan kemungkinan untuk menggunakan khidmat pakar bedah dalam melaksanakan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri.


Menurut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan kerosakan kepada anggota badan pesalah.

Namun menurut beliau segala kaedah dan panduan akan dikaji untuk melaksanakan hukuman tersebut dan akan menjadikan Qatar, Arab Saudi dan Acheh, Indonesia sebagai contoh.

Sementara itu, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad berkata tidak semua pesalah mencuri akan dipotong tangannya dalam sesetengah kes, kerana proses menjatuhkan hukuman akan melalui pelbagai tapisan dan pengecualian dari segi pandangan Islam.

 Datuk Daud Mohamad 

Contohnya, mungkin pesalah dalam keadaan terdesak, kelaparan atau sebagainya hingga mendorong pesalah untuk mencuri.


Isu ni telah mendapat reaksi yang bercampur baur dari para netizen.


Seorang pengguna Facebook mengecam tindakan menggunakan khidmat pakar bedah untuk hukuman potong tangan itu dan mendakwa ia melanggar etika kedoktoran.

Namun ramai netizen yang bersetuju dengan pelaksanaan hukuman tersebut.





Bagaimana pendapat anda, setuju atau tidak hukum ini dilaksanakan di Malaysia?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*