Terus Dikeji! Video Abang Nak Tegur 3.0, Dah 50 Ribu Dislikes

Share This:

Baru sahaja dimuat naik dalam tempoh sejam di Youtube, video Abang Nak Tegur 3.0 yang dinyanyikan oleh Datuk Seri Aliff Syukri, berduet bersama Nur Sajat dah dapat 30,000 dislikes 


Sehingga artikel ini ditulis, ia sudah mendapat hampir 267,000 tontonan dan 50,000 dislikes.

Adakah kempen dislike ini akan meningkat dari semasa ke semasa walaupun sedang trending #2 di Youtube?

Foto: IG Aliff Syukri

Netizen juga mengatakan ada unsur lucah yang tidak sesuai ditonton terutamanya kanak-kanak. Benarkah? Antara babaknya adalah penampilan wanita seksi dan ketika Sajat kelihatan bercium dengan seorang lelaki di tepi jalan.


Walaupun ada penampilan isterinya, Datin Shahida dalam video terbabit, tetap ramai yang tak suka!

Foto: Muzik Video Abang Nak Tegur 3.0

Ada Sajat, tetap dislike! Sorry. Letaklah bini Aliff sekali pun, ada Sajat aku takkan like,” – Senang Susah


“Ini bukan versi 3.0, ini versi asal. Lepas itu tepek CG video datin. Tak sangka *** rupanya masih pendokong LGBT. Dislike.” – Esafaree


“Ini ke MTV yang paling mahal itu? Apa yang mahal? By the way, Dato’ hebat dalam video ini. Harap Dato dapat banyak views dan trending lagi.” – Mzz Videos

Foto: IG Nur Sajat

Netizen berterusan mencemuh video tersebut walaupun hasil muzik video oleh KRU Music menarik dan memuaskan. 


Penatlah buat jauh sampai ke Sepanyol namun tetap tidak disukai netizen. Apa boleh buat? 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*