PPBM Sembunyikan Akaun Parti , Sudah Pastinya Rompakan Secara Senyap  Bakal Berlaku

Share This:

Sebagaimana yang telah diakui sendiri oleh Guan Eng bahawa penubuhan  Pakatan Harapan bukan lah untuk rakyat atau menjaga kepentingan rakyat . Ianya semata mata sebagai platform untuk pemimpin mereka mendapat ruang untuk memperkayakan anak beranak.

Ini bukan cerita rekaan , malah ianya diakui sendiri oleh pemimpin pembangkang dan kebenarannya tetap ada dimana kita sedang melihat apa yang telah dan sedang berlaku dihadapan mata kita di Pulau Pinang dan Selangor.

Segala bentuk slogan yang dipaparkan diasakkan kedalam lubang telinga penyokong , itu hanyalah sebagai penyedap dan hanya halwa telinga sahaja tetapi implementasinya  langsung tidak ada. “Manifesto bukan janji” adalah cara untuk pemimpin Pakatan Harapan menolak mentah mentah apa yang telah diucapkan dijanjikan kepada rakyat.

Kini slogan slogan “selamatkan Malaysia” digunapakai sebagai alasan menunjukkan betapa Negara dalam keadaan  yang amat  nazak dan terpaksa diselamatkan. Sebenarnya slogan yang digunapakaikan ini hanya untuk menarik sokongan yang semakin menurun.

Sebenarnya rakyat banyak yang bertanya, Selamatkan Malaysia ini untuk menyelamatkan apa? Sedangkan pertumbuhan ekonomi Negara bergerak lancar serta perlaburan Negara yang amat  baik. Kadar kenaikan nilai mata wang ringgit terus menunjukkan prestasi mampu bersaing.

Pertambahan rizab BNM  juga dilihat amat kukuh berbanding dengan  zaman 22 tahun pemerintahan yang mana setelah kerugian Forex dimana Bank Negara terpaksa  di Bailoutkan  dan secara dasarnya Negara ketika itu sudahpun muflis.

Kehilangan RM30 billion yang dilaburkan dalam tukaran wang asing adalah kerugian yang tidak dapat ditebus semula dan ianya kerugian kekal. Dimanakah dikatakan  tindakan ini amat bijak? Dalam pada masa yang sama  untuk menutup kelemahan diri semuanya disembunyikan dari pengetahuan rakyat.

Sekarang dibawah kepimpinan Najib Razak, Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia telah mencapai  kepada jumlah nilai RM431.6 billion yang mana akan dapat menampung untuk membiayai 7.5 bulan Import tertangguh dan  1.1 hutang luar negeri jangka pendek.

Jadi  dimanakah istilah untuk selamatkan Malaysia, atau istilah itu  sememangnya untuk menipu rakyat Malaysia agar mereka lebih berkausa apabila memerintah  nanti dan  sekarang sudah terliur melihat nilai kewangan yang ada  ditangan kerajaan.

Maka akan berlakulah rompakan berjemaah  sebagaimana dilakukan oleh kerajaan Selangor. Peruntukan Marris yang mencecah RM2.9 billion  disalurkan oleh kerajaan pusat untuk rakyat Selangor  tidak tahu dimanakah wang tersebut disalurkan dan dikatakan hilang begitu sahaja.

Jadi secara jelasnya, Jika Pakatan menang PRU14, Tun Mahathir  akan dinobatkan menjadi Perdana Menteri.  Bukankah ketika Tun M menjadi Perdana Menteri beliau terkenal dengan Dasar Anak Didahulukan, Kroni Diutamakan.

Apakah kita yakin kepentingan rakyat akan diutamakan jika kita melihat sejarah politik dan pemerintahan beliau selama 22 tahun yang mana  terlalu banyak kegagalan yang dilakukan. Kita harus ingat pernah atu tidak  Tun Mahathir memberikan  penjelasan bagaimana anak-anaknya boleh jadi billionaire dalam sekelip mata.

Setiap benda yang dilakukan sudah pastinya akan melibatkan keuntungan kepada dirinya serta anak beranaknya. Rupanya dasar penswastaan dan pensyarikatan Malaysia  sebagai laluan untuk merompak dan mengaturkan jalan jalan agar perolehan laba dapat dikecapi.

Salah satu dari sumber harta karun kepunyaan Mahathir dan kroninya ialah IPP  yang mana telah diambil oleh kerajaan serpenuhnya. Kehadiran IPP telah menjerut leher rakyat oleh kroni Mahathir dengan sewenangnya menaikkan tariff letrik serta pembayaran subsidi bahanapi .

Terbaru paling menakjubkan ialah apabila terdapatnya pendedahan yang mengatakan bahawa PPBM pucuk pimpinan parti itu menyembunyikan rekod kewangan berhubung derma dan sumber dana parti itu daripada pengetahuan ahli-ahlinya.

Kamarul Azman Habibur Rahman berkata mengisy­tihar sumbangan dana atau derma kepada Majlis Pimpinan Tertingginya, namun setiap kali beliau hadir ke mesyua­rat parti perkara itu tidak didedahkan dan ia menimbulkan rasa curiga.

Itulah sebahagian kecil dari tingkah laku yang sumbang dilakukan untuk menipu rakyat dalam Negara ini agar menudahkan mereka dari Pakatan Harapan ini  menggunakan kuasa mereka untuk menjahanamkan Negara ini.

Kalau diselidik satu-persatu tokoh Pakatan Harapan, baik dari Azmin Ali dengan skandal pasir dan penjualan tanah, Lim Guan Eng dengan skandal banglownya dan pengondolan bukit, siapa lagi watak dalam Pakatan Harapan yang kalian mahu harapkan untuk Membersihkan Malaysia Dari Najis Rasuah?

Jangan perjudikan nasib anak cucu kita dimasa akan datang hanya kerana terhasut dengan dakyah politik yang memperkayakan anak beranak dan perebutan kuasa sebagai Perdana Menteri untuk memastikan rompakan besar besaran dapat dilakukan setelah Selangor dan Pulau Pinang.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*