Ngeri!! Gam Gajah Disangka Ubat Titis Mata

Share This:

Sangat mengerikan apabila seorang lelaki tersalah guna ubat titis mata dan tidak menyangka ia merupakan gam gajah, bukannya ubat doktor. Keadaan ini menyebabkan mata tidak boleh dibuka.

 

Lelaki itu kemudian panik. Dia bergegas ke hospital mata di Oxford dalam keadaan sakit. Menurut doktor, lelaki itu bernasib baik kerana dia membasuh matanya, jika tidak keadaan menjadi lebih teruk.

 

Kejadian ini dilaporkan dalam British Medical Journal dan kes menakutkan itu yang berlaku pada minggu ini merupakan salah satu daripada 15,000 kes yang diterbitkan oleh majalah terbabit.

 

Kes ini mendapat perhatian disebabkan gam gajah itu dijual dalam botol yang sama dengan botol untuk ubat mata. Ia dilaporkan sering berlaku sejak 1982 lagi.

 

Kes ini juga memberi peringatan kepada profesional dalam bidang perubatan untuk membuat laporan kepada pengilang atau pihak berkuasa bagi pihak pesakit dan sebaiknya periksa dahulu sebelum menggunakannnya.

 

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*