Melalak Panggil Waiter, DS Vida Tayang Perangai Kampung Di Dubai

Share This:

Nampaknya ramai selebriti telah mengambil peluang untuk bercuti ke Dubai sempena cuti sekolah yang panjang, tidak ketinggalan juga jutawan kosmetik Datin Seri Vida (DSV) dan anak-anaknya.

Foto: IG DS Vida

Baru-baru ini DSV sekali lagi mencuri perhatian netizen setelah memuat naik videonya bersama anak-anak sedang menjamu selera makanan laut di sebuah restoran mewah.

Difahamkan hidangan tu telah menelan kos hampir RM3000, dan itu juga merupakan kali kedua mereka bertandang ke restoran tersebut.

 


Video itu telah mendapat kecaman dari para netizen yang merasakan dia agak biadap terhadap pelayan restoran berkenaan kerana terjerit-jerit meminta sarung tangan, ada juga yang mendakwa DSV menunjuk-nunjuk.





Susahlah bila dah jadi orang popular ni, ada sahaja yang tak kena di mata orang lain.


Semua tahu DSV memang kaya raya, tapi ramai yang meminta supaya DSV supaya merendah diri. Apa salahnya, Mark Zuckerberg yang lagi kaya pun sederhana sahaja gayanya. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*