Main Teruk, Conte Tetap Bela Morata

Share This:

PENGURUS Chelsea Antonio Conte tak menyalahkan Alvaro Morata yang gagal memanfaatkan sejumlah peluang emas dalam perlawanan menentang Arsenal di Stadium Emirates, Rabu.

Morata gagal memanfaatkan tiga peluang emas untuk menjaringkan gol ketika dia berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol Arsenal, Petr Cech.

Tiga kegagalan Morata itu membuatkan Chelsea harus puas dengan keputusan 2-2 selepas Hector Bellerin menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-92.

Conte menganggap pemain dari Sepanyol itu tidak bernasib baik dalam beberapa minggu terakhir ini, tapi mengakui pasukan memiliki banyak peluang untuk membawa pulang tiga mata.

“Saya fikir ini menyedihkan kerana ketika anda memiliki banyak peluang, anda harus menang pertandingan. Sebaliknya, kita sekarang bercakap tentang hasil seri,” katanya kepada Sky Sports.

Ditanya tentang Morata yang membuang peluang, Conte berkata: “Dia tidak bernasib baik dalam tempoh ini. Dia harus terus bekerja keras dan meningkatkan penampilan. Memang mengecewakan kerana dia memiliki banyak peluang, tapi pada masa sama, saya sangat senang atas usaha dan komitmennya.

“Kami harus kecewa, saya dan para pemain. Kami memiliki peluang baik untuk menang kerana kami berhak menang.

“Tapi inilah bola sepak dan kami harus akur menerima keputusannya dan terus bekerja sangat keras untuk berusaha menjaringkan gol.

“Kekecewaan saya sama seperti pemain. Kami menang bersama, kami seri bersama, kami kalah bersama. Saya ulangi, ini sangat mengecewakan sebab kami layak menang.”

Gol-gol Chelsea dijaringkan oleh Eden Hazard (penalti) dan Marcos Alonso.

Morata menjaringkan 10 gol dalam 19 penampilan Liga Perdana Inggeris musim ini, namun sebahagian besarnya dijaringkan pada tiga bulan pertamanya, sementara dalam lapan perlawanan terakhir ini dia hanya menjaringkan dua gol.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*