Kafir : Hadi Dulu Cakap Dekat Mahathir Bukannya Najib

Share This:

IRONI sungguh bila seorang pemimpin pembangkang yang sememangnya terkenal sebagai individu Islam liberal bercakap seolah-olah beliau merupakan seorang penganut Islam yang sejati.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, melabelkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai kafir dan pengkhianat kerana bekerjasama dengan UMNO.

Malah beliau juga turut mendakwa Hadi pernah melabelkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai kafir apabila mengatakan Umno kafir.

“Mereka (PAS) akan kalah, tetapi hanya menolong kawan baik mereka yang dulunya kafir dari UMNO, Najib adalah kafir, menurut PAS” kata Mahathir.

“Dia akan bantu kafir ini yang mana dia kata kalau kerja dengan kafir, akan jadi kafir” tambah Mahathir lagi.

Kenyataan Mahathir tersebut dilihat sebagai politik sampah yang kotor. Semua rakyat Malaysia tahu bahawa ketika Hadi Awang mengeluarkan kenyataan tersebut, Mahathir merupakan presiden UMNO. Oleh itu, individu yang dilabelkan kafir ketika itu adalah Mahathir bukannya Najib.

Persoalannya, mengapa Mahathir cuba memutarbelitkan kenyataan tersebut dan mengapa beliau perlu menyerang PAS secara bertalu talu.

Menurut sumber, Mahathir sedang melobi untuk dicalonkan sebagai perdana menteri pakatan harapan yang diketuai DAP. PAS amat dibenci oleh DAP maka bagi mengambil hati musuh Islam ini, Mahathir melakukan serangan “kamikaze” dengan menggunakan isu kafir.

Orang yang berumur hampir 100 tahun pun masih ada hati untuk jadi perdana menteri hanya kerana kemaruk kuasa dan jawatan. Rumah kata pergi, kubur kata mari pun gagal meredakan gelojak kemaruk kuasa.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*