Juruterbang Lelaki Ditahan Positif Dadah

Share This:

 

Seorang Juruterbang lelaki pesawat Malindo Air, Ahmad Syahman Shaharuddin juga warga Malaysia. Malindo Air, sebuah syarikat penerbangan yang berpengkalan di Petaling Jaya.

 

Ahmad Syahman ditangkap kerana membawa sabu dan terbukti positif menggunakan dadah ketika berada didalam bilik air lapangan terbang tersebut.

 

Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang juruterbang Malaysia kerana didapati mengambil dadah jenis methamphetamine pada Sabtu lalu.

 

Memetik laporan portal antarabangsa, Ketua Agensi Narkotik Indonesia (BNN), Richard Nainggolan berkata, pihaknya menahan juruterbang berusia 34 tahun itu selepas didapati positif dalam penyalahgunaan dadah ketika pemeriksaan rambang di Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim.

 

“Juruterbang itu kemudian ditahan di pejabat BNN di Kepulauan Riau,” katanya.

 

Dengan penangkapan ini ujian air kencing yang dilaksanakan oleh petugas gabungan dari BNNP Kepri, Bea Cukai, Polis dan Ditpam Bandar dan mengesahkan beliau positif menggunakan dadah.

 

BNN merampas 1.9 gram methamphetamine serta beberapa peralatan menghisap dadah yang dipercayai milik juruterbang tersebut.

 

Dalam pada itu, syarikat penerbangan tersebut ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan suspek yang kini dalam siasatan pihak BNN, lapor The Star.

 

Menurut jurucakap syarikat penerbangan itu,difahamkan mengenai penahanan juruterbang ini di Batam berhubung isu dadah. Siasatan sedang dijalankan.

 

Jurucakap syarikat penerbangan itu menegaskan bahawa syarikat penerbangan tersebut tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas kakitangan yang didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*