“Ingatkan Lelaki Je Curi Coli Dan Seluar Dalam!”

Share This:

Biasanya bila dengar sahaja kes kehilangan coli dan seluar dalam perempuan, pelakunya mestilah lelaki gila seks.


Memang pelik-pelik perangai manusia kerana sesetengahnya memang mempunyai hobi mengumpul pelbagai koleksi baju dan seluar dalam wanita yang dicuri dari merata tempat.


Sampai ramai yang trauma dan takut untuk menyidai kain baju di luar rumah. Baru-baru ini sebuah kampung di Bota Kiri diselubungi misteri apabila ramai penduduk mengadu kehilangan pakaian dalam. 

Pada mulanya mereka menyangka perbuatan manusia, rupa-rupanya…

Selepas diselidiki, ‘kantoi’, sekumpulan monyet yang mencuri! Bukan sahaja melarikan pakaian dalam, haiwan ini juga turut merosakkan tanaman orang kampung.

Sumber : Google

Menurut Malaysian Digest, salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Nur Safiqah Mohd Azahar,23, berkata sudah 2 tahun masalah ini berlaku tapi sejak kebelakangan ini monyet makin bertindak agresif.


Dia sendiri tidak berasa tidak selamat kerana biasanya monyet-monyet ini akan datang secara berkumpulan.


Walaupun telah meletakkan perangkap, tetap monyet-monyet ini berani datang ke rumahnya. Sampaikan tanaman seperti pisang, ubi semua habis dicabut dan penduduk kampung sudah tidak dapat merasa hasil tanaman mereka.



Sumber : Google

Kisah ini mendapat perhatian dari netizen yang kebanyakannya berasa lawak namun dalam masa yang sama turut simpati terhadap nasib yang menimpa mereka. 


Diharap pihak Perhilitan dapat mengambil tindakan segera dalam menangani pemasalahan ini kerana jika bertangguh dikhuatiri kumpulan monyet tersebut akan menyerang dan bertindak lebih agresif lagi.


Ingatkan manusia je yang ada perangai pelik macam itu, monyet pun berminat dengan pakaian dalam wanita? 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*