Bengang Netizen Tanya Warna N******?, Ini Jawapan Ira Kazar

Share This:

Anak kepada pelakon Kazar Sairi iaitu Ira Kaza, sebelum ini pernah menggemparkan dunia hiburan dengan aksi tarian lagu, One Dance sehingga menjadi tular menerusi laman sosial.

 

Terbaharu, gadis ini sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dilihat melahirkan rasa bengang menerusi salah satu kicauan melalui laman sosial Twitter miliknya. Eh bengang kenapa tu?

 

Menerusi posting berkenaan, Ira dilihat bengang apabila terdapat seorang individu yang agak biadab dengan berani menyoal mengenai warna puting ‘aset’ milik dirinya.

 

“Secara jujurnya nipples u pink ke coklat,” soal individu yang dikenali sebagai Anon itu.

 

Oleh kerana terlalu berang dengan individu tersebut yang seolah seperti kurang ajar, Ira atau nama sebenanya Faghirah Fatini Kazaruddin dilihat tidak hanya berdiam diri.

 

Sebaliknya bertindak membalas persoalan ‘bangang’ itu menerusi satu kemas kini menerusi Twitter pada Rabu.

 

 

“Secara jujurnya kaler rainbow,” balas Ira menerusi posting berkenaan.

 

Persoalan ‘bodoh’ individu berkenaan secara tidak langsung telah mengundang kecaman dalam kalangan netizen.

 

Rata-rata ada turut mengkritik persoalan yang diberi oleh individu terbabit kerana beranggapan ia agak biadap.

 

“Apa bodoh soalan dia tanya haha,” ujar @mirool_18

 

“Bodohnya lahai soalan dia ra,” kata @fatinnoraishah pula.

 

“Magnolia ke? hahahaha bodo punya soalan,” kata seorang lagi netizen yang menggunakan tweethandle @MeorHarussani.

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*