Abdul Hadi Dakwa Susah Berurusan Dengan Mahathir

Share This:

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyelar Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad mendakwa Mahathir ialah manusia yang sukar untuk berurusan dengan orang lain hatta hal-hal penting yang melibatkan agama Islam sekalipun ketika dia jadi Perdana Menteri.

Sebaliknya, beliau berkata adalah mudah untuk berurusan dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kepimpinan sekarang menunjukkan kesanggupan untuk bersama menegakkan Islam sebagaimana yang diperjuangkan PAS sejak sekian lama.

Abdul Hadi cakap, sewaktu zaman Mahathir, beliau tidak membenarkan langsung undang-undang Islam untuk dilaksanakan.

“Kita kena sedar, kalau dulu semasa zaman Dr. Mahathir, dia tak benarkan kita laksanakan hukum Islam. Namun sejak dia berhenti, dan sekarang PM baharu (Najib), kita ambil pendekatan bertemu secara berdepan dan setuju kita laksanakàn hukum Islam.

“Menteri baharu ini (Perdana Menteri, Najib) boleh berbincang dan sekarang banyak kalangan UMNO mulai sedar dan berfikir untuk tegakkan Islam yang Pas ingin laksanakan hukum Islam,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan demikian ketika berucap melancarkan Markas Besar PRU-14 N20 Pengkalan Berangan di Marang, malam tadi.

Yang turut hadir, dua Timbalan Pesuhjaya Pas Terengganu, Dr. Alias Razak dan Yahaya Ali serta Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.

Jawapan pasti ada untuk setiap serangan Mahathir dan jawapan Abdul Hadi menunjukkan sekali lagi bahawa Mahathir tidak berminat untuk memperkasakan Islam bersama-sama umat Islam lain walaupun dari PAS. Mahathir hanya mahu gunakan Islam cara beliau dan berucap berkaitan Islam pada majlis tertentu kononnya beliau seorang Perdana Menteri yang memartabatkan agama Allah itu.

Dengan Najib dan UMNO buat pertama kalinya PAS berjaya membentangkan RUU355 sebagai pindaan kepada kuasa Mahkamah Syariah untuk membolehkan hukuman yang sudah lapuk dipinda menyesuaikan denda serta hukuman dengan keadaan semasa.

PAS juga sudah sedar betapa mereka banyak membazirkan masa sebelum ini bekerjasama dengan PKR dan DAP kerana banyak kali dipermainkan biarpun sudah memberi sokongan sehingga pakatan menang beberapa kerusi dalam PRU13 yang lepas.

Mahathir ketika ini menyerang Abdul Hadi bertubi-tubi kerana mahu melemahkan PAS dan kemudian kembali berganding dengan pakatan pembangkang supaya sama-sama mereka boleh jatuhkan Najib.

Sekarang PAS dan Abdul Hadi bukan seperti yang dulu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*