Abang Durjana, Ajar Adik-Adik Hisap Syabu

Share This:

Seorang abang tergamak mengajar dua adik perempuannya berusia 15 dan 19 tahun menghisap dadah di rumah keluarga mereka yang terletak di Kampung Rambutan, Padang Terap.

 
Perbuatan lelaki berusia 23 tahun itu terbongkar selepas ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Padang Terap.
 
Ketua Pegawai AADK Padang Terap Zainal Abidin Ismail berkata, “Dalam serbuan dijalankan di lima rumah, kita menahan 10 penagih berusia 15 hingga 30 tahun.
 
“Serbuan dijalankan di Kampung Rambutan begitu mengejutkan apabila kita menahan seorang lelaki yang tergamak mengajar dua adik perempuannya menghisap syabu.” 

 

Harian Metro melaporkan, teman lelaki kepada salah seorang adik perempuannya juga turut ditahan.
 
Mereka juga didapati sudah tidak bersekolah dan tinggal bersama ibu bapa yang bekerja sebagai penoreh.
 

“Hasil ujian air kencing terhadap semua yang ditahan mendapati mereka positif dadah jenis opiat dan methamphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1), Akta Penagih Dadah ( Rawatan & Pemulihan ) 1983.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*