Veteren PKR Sendiri Tak Setuju Tun M Jadi PM

Share This:

Dalam cadangan pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sementara sekiranya Pakatan Harapan (HARAPAN) menang pilihan raya umum ke-14 berkemungkinan mencetuskan krisis dan perebutan kuasa dalam kalangan kepimpinan tertinggi parti pembangkang.

 

Menurut sumber, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata keadaan itu boleh berlaku kerana difahamkan ada dalam kalangan kepimpinan veteran Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak setuju dengan cadangan itu.

 

Jika keadaan itu berlaku sudah pasti akan meruntuhkan keyakinan pelabur asing yang masuk ke negara ini dan sekali gus menjejaskan ekonomi negara.

 

“Kita perlu berhati-hati kepada ‘perkahwinan sementara’ pembangkang ini, pasti akan terjadi konflik sekiranya bekas ketua pembangkang (yang merupakan penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas (daripada penjara) nanti.

 

“Kita difahamkan ada kepimpinan veteran PKR sendiri yang tidak setuju dengan cadangan itu, perkara-perkara yang mungkin nampak remeh ini akan membawa ketidaktentuan politik yang sangat tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama sukarelawan misi kemanusiaan MyCorps Afrika di Kuala Lumpur, semalam.

 

Memetik sumber mengatakan, sebelum ini  Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah menyatakan Tun Dr Mahathir Mohamad hanya boleh menjadi calon perdana menteri jika mendapat persetujuan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

 

Cadangan Tun M sebagai  calon perdana menteri juga seolah-olah tidak disenangi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Sebelum ini, Azmin juga pernah menyatakan PKR akan terus berbincang kerana ini merupakan satu keputusan yang besar untuk meletakkan seseorang sebagai calon Perdana Menteri, sebaliknya menyifatkan keputusan itu hanyalah cadangan dan bukannya merupakan keputusan rasmi gabungan parti-parti pembangkang itu.

 

Menurut sumber, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga sebelum ini telah ditugaskan untuk bersemuka dengan beberapa tokoh dari tiga parti lain, termasuk Dr Mahathir, mengenai perkara itu.

 

Adakah pemimpin veteren gabungan parti-parti pembangkang lain itu turut bersetuju dengan cadangan tersebut? Masyarakat perlu tahu konflik dalaman akan menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada rakyat jika ada dikalangan mereka yang tidak bersetuju dengan cadangan itu, sekaligus menjadikan kerajaan yang diperintah mereka itu akan berpecah-belah dan boleh mengakibatkan ekonomi merudum.

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*