Mahathir Bekerjasama Dengan DAP Itu Apa, Bukan Pengkhianat?

Share This:

Dalam satu komentar Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad hari ini yang menggelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kafir, semuanya kerana PAS kini berbuat baik dengan UMNO dan parti itu mahu Datuk Seri Najib Tun Razak kekal menjadi Perdana Menteri.

Katanya, Abdul Hadi membantu Najib untuk memecahbelahkan undi pakatan pada PRU14 nanti kerana enggan bekerjasama dengan pakatannya untuk bersama-sama menumbangkan Najib pada pilihan raya nanti.

“Inilah niatnya dan ia tidaklah islamik sangat.

“Dalam Melayu, kita panggil pengkhianat,” kata Mahathir dalam satu sidang media di Putrajaya.

Apa yang Mahathir lakukan, keluar dari parti dan kemudian bekerjasama dengan DAP itu dikatakan apa pula, adakah itu bukan satu pengkhiatan yang paling besar? Selama berpuluh tahun dalam UMNO bersama-sama orang Melayu, dek kerana bencikan Najib, Mahathir sanggup keluar parti dan bersekutu dengan DAP.

Dulu, Mahathir kata DAP kafir, laknat, cauvinis, pencetus kekecohan, rasis dan parti yang hanya mahu merosakkan Perlembagaan Persekutuan jika berjaya memerintah Malaysia. Ada lagi, Mahathir kata DAP akan menghancurkan sistem beraja serta menghapuskan peruntukan khas untuk bumiputera tapi kini semuanya sudah berubah.

Apa dosa DAP kepada rakyat semuanya sudah dimaafkan oleh Mahathir yang dulu memusuhi mereka.

Anda sedar atau tidak, satu pun dosa Mahathir yang menuduh DAP itu dan ini tidak dimaafkan oleh DAP sampai ke hari ini.

Mahathir pernah kata, beliau silap dan meminta maaf kerana memanggil DAP rasis, beliau juga minta maaf dan kata DAP bukan parti anti-Melayu, dan DAP juga dimaafkan Mahathir sampai dihormati dan menganggap DAP mampu membangunkan negara. Ini sebenarnya adalah kenyataan pengkhianatan terbesar orang Melayu demi kuasa dan pangkat.

Dia ada menyindir Abdul Hadi yang bekerjasama dengan UMNO yang katanya pernah digelas PAS kafir.

“Najib ini kafir menurut PAS dan Hadi pernah kata jika kamu bekerjasama dengan kafir, kamu pun jadi kafirlah.

“Jadi sekarang dia bekerjasama dengan Umno dan pada suatu masa dengan DAP, dia sendiri pun kafirlah,” kata Mahathir.

PAS bekerjasama secara rapat dengan parti seagama Islam dalam hal-hal sejagat berkaitan agama dan PAS bukan macam Mahathir yang bekerjasama dengan DAP. Sejak kebelakangan ini, Mahathir kerap buat kenyataan media dan ia banyak menyerang PAS seakan-akan mahu melenyapkan parti itu terus dari kancah politik tanah air.

Mahathir melakukan perkara itu sebenarnya kerana mahu melemahkan PAS dengan tekanan yang akhirnya membuatkan PAS kembali bersama dengan pakatan untuk bekerjasama sekali lagi dengan DAP untuk menjatuhkan BN dan Najib. Selepas itu barulah Abdul Hadi akan dipuji dan disanjung, terbukti Mahathir sebenarnya balaci agung DAP.

Serangan demi serangan ini membuatkan Mahathir yakin Abdul Hadi akan mengalah tapi PAS adalah sejenis parti yang tidak mudah patah balik apabila sudah betul-betul sedar daripada leka atau sebelum ini lalai dan terpengaruh dengan hasutan musuh.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*