Real Madrid Batal Rancangan

Share This:

REAL Madrid dijangka menangguh dahulu perancangan untuk membeli Eden Hazard.

Menurut laporan Marca, Real Madrid mahu memberi peluang kepada pemainnya Marco Asensio.

Pengurusan Los Blancos percaya nilai Asensio sangat tinggi dan merasakan membawa masuk bintang Chelsea itu akan mengganggu proses prestasi pemainnya itu.

Malah bagi mereka Asensio patut diberi lebih banyak peluang untuk beraksi.

Asensio

Sebelum ini dilaporkan bahawa bapa Hazard mendedahkan anaknya itu telah menolak tawaran kontrak baharu di Stamford Bridge bagi memastikan perancangan untuk ke Real berjalan lancar.

Asensio bakal diberi peluang untuk membuktikan kemampuannya pada perlawanan Copa de Rey.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*