Mahfuz Makan Duit Haram?

Share This:

ADAKAH Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar makan duit haram? Beliau dilihat perlu bertanggungjawab atas baiah yang dilafazkannnya selepas bertindak keluar daripada PAS.

Mahfuz  diminta menilai semula janji yang dilafaznya dan bertanggungjawab dengan Allah kerana segala pendapatannya melalui jawatan Ahli Parlimen selepas keluar PAS dikatakan haram seperti mana diakui dalam baiah.

Semalam Mahfuz mengumumkan keluar daripada PAS yang disertainya 34 tahun lalu, selepas gagal menjadi penghubung kepada kesepakatan PAS dan Pakatan Harapan.

Dalam perkara yang melibatkan halal haram wang yang diterima, Mahfuz sepatutnya lebih berhati-hati. Tambahan pula beliau telah melafazkan bai’ah ketika berada dalam parti PAS.

Selama ini Mahfuz sering mempertikaikan kepimpinan partinya PAS. Akhirnya beliau mengumumkan keluar daripada PAS, selepas 34 tahun menjadi ahli. Keputusan Mahfuz itu bukan sesuatu yang memeranjatakan, malah sudah lama dijangka.

Mahfuz menjadi wakil rakyat kerusi Parlimen Pokok Sena sejak 1999 kecuali selama 4 tahun selepas ditewaskan calon Barisan Nasional pada 2004. Susulan pemilihan PAS pada 2015, beliau dilihat semakin rapat dengan pemimpin Amanah.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*