Mahathir Terdesak Sertai UMNO Semula?

Share This:

KETIKA Tun Dr Mahathir Mohamad berada di penghujung usia, makin banyak “drama” yang rakyat Malaysia dapat saksikan. Beberapa hari yang lalu beliau membuat permohonan maaf berdasarkan “budaya” orang Melayu.

Dalam masa yang sama, Shahidan Kassim menjawab pertanyaan pemberita berkenaan perkara tersebut. Portal pro pakatan harapan segera menerbitkan artikel dengan tajuk : Umno accepts Dr Mahathir’s apology, says Shahidan.

Namun perkara tersebut segera disangkal oleh Shahidan Kassim

Assalamualaikum dan selamat pagi.Semoga Allah SWT merahmati.
Semalam pemberita tanya soalan kepada saya di-majlis penyampaian pakaian sekolah di-pusat khidmat DUN Tambun Tulang:Apa pandangan Dato tentang kenyataan T Mahathir yang minta maaf atas kesalahannya pada masa yang lepas.
Saya jawab:Baguslah TM minta maaf.Maka sokonglah BN dan jangan berlebih kata hentam DS Najib.
The malaysian Insight keluarkan kenyataan yang saya kata Umno maafkan TM.
TMI berbohong kerana saya bukan setiausaha agung untuk cakap bagi pihak Umno.Saya bolih cakap bagi pihak Umno Perlis sahaja.
Renungan..Carilah makan dengan cara yang baik dan bukan ambih upah fitnah orang.
DSSK.

Persoalannya, adakah Malaysian Insight bertindak atas arahan Mahathir? Mengapa kenyataan Shahidan diputarbelitkan? Adakah Mahathir benar-benar terdesak mahu menyertai parti UMNO semula?

Portal Malaysia Today juga telah memberi gambaran Mahathir kini berada dalam keadaan terdesak untuk menyertai UMNO semula memandangkan itu adalah satu-satunya cara beliau dapat menjadikan Mukhriz sebagai perdana menteri.

Memetik portal Malaysia Today, Apa yang Mahathir sebenarnya mahu adalah Mukhriz menjadi Timbalan Perdana Menteri. Itulah rancangan lapan tahun terakhir sejak tahun 2009. Dan Mukhriz sepatutnya menjadi Ketua Pemuda Umno pada tahun 2009 dan Naib Presiden Umno pada tahun 2013. Selepas itu Mukhriz akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri pada tahun 2020.

Mahathir tahu jika beliau mahu menjadikan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan kemudian Perdana Menteri, ia tidak boleh dilakukan melalui Pakatan Harapan. Ia mesti dilakukan melalui Umno. Jadi jika Mukhriz mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan kemudian Perdana Menteri, Mahathir perlu mencari jalan untuk keduanya kembali kepada Umno. Dan jika Najib tidak akan mengundang Mahathir dan Mukhriz secara sukarela untuk kembali ke Umno maka dia mesti diugut untuk melakukannya.

Berdasarkan kepada perkara diatas, dengan membuat andaian bahawa ianya benar maka Mahathir kini berada dalam keadaan cukup terdesak untuk menyertai UMNO semula bagi membolehkan anaknya Mukhriz menjadi perdana menteri.

Jika benar andaian tersebut, Mahathir bakal dilihat semakin memalukan diri beliau sendiri dengan bertindak dengan cukup hina dan kotor melompat ke sana sini hanya semata-mata mahu memenuhi agenda politik peribadi beliau.

Namun ke semua perkara tersebut hanya dapat dipastikan apabila Mahathir benar-benar merayu sujud mohon agar diterima masuk ke dalam parti UMNO semula. Adakah kita akan dapat menyaksikan perkara tersebut dalam masa terdekat? Sama-sama kita tunggu.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*