Elak ‘Dicuri’, Barcelona Sambung Kontrak Umiti

Share This:

SAMUEL Umiti bakal mengikat kontrak baharu bersama Barcelona.

Tindakan pantas Barcelona itu bagi memastikan Umiti tidak ‘dicuri’ dua pasukan dari Liga Perdana, Manchester United dan Manchester City.

Pemain berusia 24 tahun itu baru dua musim berada di Nou Camp, namun telah membuat impak besar sehingga menjadi salah seorang pemain utama dalam skuad.

Prestasinya itu telah menarik minat beberapa kelab lain dan nilainya kini berdasarkan kontrak semasa adalah 50 juta pound (RM274 juta).

Pemain antarabangsa Perancis itu dijangka akan menerima kontrak baharu dalam tempoh terdekat ini.

Umiti kini jarang dilihat dalam skuad Ernesto Valverde kerana masih berdepan dengan kecederaan pangkal paha dan terpaksa berehat selama sebulan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*