Mahathir Yang Penjarakan Anwar, Mahathir Juga Disuruh Bebaskan Anwar

Share This:

 

Baru-baru ini PKR secara prinsip bersetuju dengan cadangan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara jika gabungan pembangkang berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

 

Antara syarat lain  adalah membebaskan segera Datuk Seri Anwar dan kemudian melantiknya sebagai perdana menteri baru dalam masa enam hingga 12 bulan (selepas mereka mengambil-alih kuasa).

 

Menurut sumber, keputusan itu dibuat pada mesyuarat biro politik PKR pada 19 Disember lalu dan turut mendapat restu daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Jika dahulu Mahathir yang menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara 15 tahun, kini bekas perdana menteri itu pula disuruh membebaskan Anwar sebagai syarat untuk menjadi perdana menteri sementara.

 

Memetik sumber mengatakan,Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan dibebaskan pada 2018 jika beliau berkelakuan baik, kata Ketua Penerangan parti itu, Syed Ibrahim Syed Noh.

 

Beliau berkata, jika Anwar dibebaskan pada tahun hadapan, ia bermakna bekas ketua pembangkang itu dipenjarakan selama tiga tahun berbanding hukuman sebenar selama lima tahun.

 

Tidak logik jika itu adalah syarat PKR untuk membebaskan Anwar kerana Anwar sendiri dijangka bebas tahun hadapan.

 

Ia mungkin hanyalah taktik dalam usaha mereka seolah-olah PKR mahu menghukum, dan mempersendakan Mahathir kerana dendam yang meneb al.

 

Apakah Anwar dan penyokongnya dianggap hilang akal jika mempercayai Dr. Mahathir adalah ikhlas dan serius mahu Anwar dibebaskan?

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*