600 Pelajar Terima Sumbangan “Back To School TNB”

Share This:

Program Back To School TNB 2018 telah menyumbang pelbagai kelengkapan sekolah kepada 600 pelajar di seluruh daerah di Terengganu hari ini.

Pengurus Besar TNB Terengganu Mohd Rashidi Ab. Hamid @ Aziz berkata, program ini merupakan inisiatif Tanggungjawab Korporat TNB dalam bidang pendidikan untuk membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan menyediakan persiapan persekolahan.

Daripada jumlah itu seramai 200 pelajar menerima bantuan dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir ParlimenKuala Nerus.

‘Sumbangan bantuan kelengkapan sekolah kepada 200 murid berusia tujuh hingga 12 tahun daripada keluarga kurang berkemampuan dari lima buah sekolah rendah di kawasan Kuala Nerus yang disampaikan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebentar tadi’.

‘Penerima menerima set kelengkapan sekolah bernilai RM200 seorang dengan kos keseluruhan RM40,000 yang mengandungi sepersalinan set pakaian seragam, beg sekolah serta alat tulis’.

‘TNB amat memahami kekangan kewangan yang dihadapi golongan kurang berkemampuan dalam mempersiapkan kelengkapan persekolahan anak-anak terutamanya kepada keluaga yang mempunyai ramai anak’ katanya selepas program Back To School TNB 2018 di Dataran Permata Kampung Baru Seberang Takir hari ini yang dirasmikan oleh Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman selaku ADUN Seberang Takir.

Hadir sama isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Terengganu (JPNT) Shafruddin Ali Hussin.

Tambahnya program ini turut diadakan di Dungun dan Hulu Terengganu melibatkan jumlah pelajar 400 orang.

Program Back To School mula diperkenalkan pada 2013 yang telah memberi manfaat kepada 12,000 pelajar dari 800 sekolah seluruh negara. – Terengganu.News

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*