Terengganu Akan Adakan Kursus Kesedaran Golongan ‘Mak nyah’

Share This:

 

Mengenai laporan isu golongan pondan  yang diulas oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil semalam, kerajaan negeri Terengganu dikatakan akan mengadakan kursus kesedaran kepada golongan ‘mak nyah’ atau pondan di seluruh negeri ini setelah jumlah sebenar mereka yang terjerumus ke dalam gejala itu diperoleh berikutan golongan tersebut yang didapati menjadikan kawasan Flat Petani, di pinggir bandar Kuala Terengganu sebagai sarang maksiat dan pelacuran.

 

Menurut sumber berkata, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan berkata perangkaan berkenaan dijangka diperoleh setelah bancian secara menyeluruh dilakukan bermula Januari nanti.

 

“Kita akan jalankan bancian pada minggu ketiga Januari di mana kita tidak akan bersandarkan jumlah 17 orang yang sedia ada di Flat Petani, Kuala Terengganu (ketika ini).

 

Kita akan bekerjasama dengan ketua komuniti, seperti Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), agensi-agensi seperti polis, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan lain-lain lagi mengenal pasti golongan mereka ini tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Penyerahan Bantuan Jom Ke Sekolah anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, semalam.

 

Turut hadir Presiden GPMS Terengganu, Tengku Haphiz Datuk Tengku Putera, dan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail.

 

Sejumlah 150 orang murid sekolah rendah DUN berkenaan menerima bantuan satu set kelengkapan persekolahan bernilai RM200 daripada peruntukan sumbangan Yayasan Taqwa berjumlah RM30,000.

 

 

Katanya, kursus kesedaran dijangka diadakan selama tiga hari dua malam itu akan memfokuskan bagaimana membantu mereka untuk kembali kepada kehidupan yang sebenar.

 

“Saya tahu memang agak sukar tapi kita akan mencuba sebaik mungkin. Setelah itu kita akan jalankan kajian untuk melihat kecenderungan dan minat mereka sama ada jahitan, gubahan, memasak atau hiasan.

 

Jika mereka berminat, bantuan akan disalurkan MAIDAM jika mereka ini daripada golongan layak dan miskin. Jika yang tidak layak mendapat zakat, kita akan cuba salurkan bantuan dadipada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) untuk membantu mereka ini membina hidup baru,” katanya.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*