Muslim Jihad Kerana Allah Tidak Mampu-David Orok

Share This:

Baru-baru ini, menerusi laman sosial Pemimpin politik pembangkang Sabah, David Orok menggelarkan umat Islam yang menolak tindakan penaklukan rejim zionis Israel ke atas Palestin sebagai ‘murtad’ kerana kononnya telah menolak kehendak sebenar al-Quran.

 

Kali ini David Orok, pemimpin politik pembangkang Negeri Sabah ini sekali lagi mengeluarkan kenyataan kontroversi berkenaan agama Islam.

 

Yang terbaru, tokoh politik yang kuat pegangan Kristian itu mendakwa bahawa ketidakmampuan Allah untuk berbuat apa-apa demi agama yang telah diturunkan-Nya sebagai pencetus kepada semua jihad yang berupa keganasan.

 

David Orok berkata, “Semua jihad berupa keganasan itu berlaku kerana mereka cuba “menolong” Allah mereka yang tidak mampu berbuat apa-apa demi agama yang Dia turunkan itu.” “Semua teroris itu bermati-matian mempertahankan doktrin agama yang sangat sensitif (fragile) dan terlalu minima nilai toleransinya.”

 

Beliau berkata demikian seolah-olah cuba memperlekehkan kuasa Allah dan agama yang diturunkan pada umat islam dan menganggap agama islam yang terlalu sensitif.

 

Ahli politik yang pernah bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Sulaman mewakili Parti Reformasi Negeri (STAR) itu juga menasihati mereka yang bercita-cita untuk meraih mati syahid bagi berjumpa dengan bidadari supaya mengumpul duit dan melancong ke Kepulauan Seks di Colombia demi keamanan dunia.

 

David Orok berkata, “Tidak payah tunggu sampai di Syurga barulah jumpa itu bidadari, kepada yang nak mati syahid kerana untuk tujuan itu ada baiknya kumpul duit banyak-banyak dan melancong ke Sex islands, di Colombia saja supaya dunia aman kerana terrorist yang mahu berjihad sudah tiada.”

 

Sebelum ini beliau pernah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas dakwaan menyiarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad di laman Facebooknya pada Julai 2014.

 

Beberapa bulan lepas, David Orok juga telah menimbulkan kemarahan umat Islam dengan kenyataan kontroversinya mendakwa Nabi Ismail merupakan anak luar nikah Nabi Ibrahim.

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*