Misi KE7B : Qobin Terselamat Daripada Gigitan Fros

Share This:

 

Semalam Malaysia dikhabarkan dengan berita gembira apabila Muhammad Muqharabbin atau Qobin, 36, berjaya menamatkan misi penjelajahannya ke titik 90 darjah Kutub Selatan, 11.05 pagi, semalam(waktu Malaysia),sekaligus menjadi rakyat Malaysia pertama bergelar Penjelajah Grand Slam dan umat Islam termuda berjaya melakukan misi ini walaupun dua jari tangan kirinya mengalami kebas berpanjangan dan dibimbangi mengalami gigitan fros ketika penjelajahan berbaki 26 kilometer itu.

 

Satu kejayaan besar kepada Malaysia apabila Penjelajah Grand Slam adalah individu yang berjaya menamatkan pendakian di Tujuh Puncak Tertinggi di Tujuh Benua Dunia, Penjelajahan Kutub Utara dan Penjelajahan Kutub Selatan.

 

Pada hari ini,satu lagi berita gembira yang dilaporkan Qobin kepada Penasihat Penasihat Ekspedisi, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof melalui telefon satelit tadi, Qobin melaporkan terselamat daripada gigitan fros.

 

Menurut Qobin dua jari tangannya sudah tidak lagi kebas dan ketika bangun pagi tadi beliau sangat bersyukur kerana tiada kesan hitam pada jarinya.

 

Jika ada kesan hitam, bermakna beliau telah mengalami gigitan fros dan tanpa rawatan segera boleh menyebabkan beliau kehilangan jari tersebut.

 

Sementara itu, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof mengucapkan syukur di atas berkat doa rakyat Malaysia dan Illahi bagi permudahkan usaha Qobin di benua Antartika yang sangat terasing dari manusia tersebut.

 

Tambahnya lagi,Qobin juga memaklumkan bahawa beliau serta kumpulannya telah berjaya dibawa keluar dari titik 90 darjah Kutub Selatan ke Union Glasier di benua Antartika melalui pesawat sebentar tadi.

 

Kini mereka sedang menantikan ketibaan pesawat Ilyushin dari Punta Arenas untuk memgambil mereka di Union Glasier.

 

Sekiranya cuaca dalam keadaan baik, pesawat tersebut dijangka akan terbang dari Punta Arenas menuju ke Union Glasier dalam tempoh dua jam dari sekarang dan penerbangan akan mengambil masa selama 4 jam.

 

Manakala  Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof berkata,beliau dan Hazran akan tiba ke Punta Arenas kira-kira pukul 9 pagi ini waktu Malaysia bagi membuat persiapan selanjutnya.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*