Mayat Warga Emas Ditemui Tanpa Pakaian Dan Berulat

Share This:

 

Mayat seorang lelaki warga emas dalam keadaan tidak berpakaian dan berulat dipercayai telah meninggal dunia sejak tujuh hari lepas ditemui dalam sebuah rumah di Jalan Haji Sulaiman, Berapit di Bukit Mertajam semalam.

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat lelaki itu dikenali Ooi Chin Seng, 75, pada kira-kira 6.25 petang.

 

“Mayat warga emas itu dijumpai dalam bilik rumah kayu usang dipercayai miliknya dan berdasarkan siasatan awal, lelaki berkenaan tinggal bersendirian dan dipercayai seorang gelandangan dan meneruskan hidup dengan meminta sedekah,” katanya malam tadi.

 

Katanya pemeriksaan awal oleh polis tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada mayat mangsa dan mayat itu dihempap tilam yang berkemungkinan disandarkan di dinding rumah itu.

 

“Jiran-jiran warga emas itu berkata mereka tidak mendengar sebarang bunyi yang meragukan dari rumah lelaki berkenaan dan dia juga tidak kelihatan sejak minggu lepas,” katanya dan menurutnya mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

 

Katanya siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah dan merupakan penagih tegar.

– Bernama

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*