Kenaikan Kos Sara Hidup Di Selangor Bukan Kerana GST

Share This:

KOS sara hidup dan kos gaya hidup banyak perbezaannya. Rakyat Malaysia tahu dengan jelas bahawa kerajaan Malaysia mengecualikan cukai GST ke atas lebih dari 400 barangan dan perkhidmatan bagi memastikan GST tidak membebankan kos sara hidup rakyat.

Berlainan pula dengan kerajaan Pakatan Harapan yang meneraju Selangor. Mereka tidak langsung memikirkan kebajikan dan kepentingan golongan yang berpendapatan rendah sehingga menyebabkan kos sara hidup di Selangor meningkat seiring dengan kenaikan cukai, hartanah, perumahan, premis perniagaan dan lain-lain lagi secara melampau dan tidak masuk akal.

Memetik laporan sinar harian tahun 2012,Seorang penduduk Taman Ampang Pecah terkejut apabila menerima notis cukai taksiran yang didakwa tinggi. Baharum Wariya berkata, notis bertarikh 3 Mei 2012 itu diterima dengan jumlah cukai RM143.10 lebih tinggi berbanding 13 tahun sebelumnya hanya RM108.

Ini bermakna cukai taksiran naik sebanyak 32.5%. Dan rumah beliau hanyalah rumah kos rendah. Menurutnya, kenaikan itu dianggap tidak munasabah malah bertentangan dengan hasrat Kerajaan Pakatan yang sebelum ini mencanangkan kononnya penurunan cukai 20 peratus.

Memetik laporan AIDC  pula, Cukai tanah pertanian di Selangor pada tahun 2017 telah dinaikkan hampir 200 peratus, dakwa facebooker DAP Laknatullah.

“Cukai untuk 2017 ialah tanah RM89 dan parit RM18… berjumlah RM107. Berbanding sebelumnya tanah RM33 dan parit RM18 yang membawa jumlah RM51,”dakwanya.

Rumah adalah antara kos sara hidup paling penting rakyat Selangor. Oleh itu, kenaikan perbelanjaan rumah akibat kenaikan cukai, hartanah, perumahan, premis perniagaan dan lain-lain secara langsung meningkatkan kos sara hidup rakyat Selangor.

Namun pakatan Harapan yang diketuai DAP cuba mengalihkan rakyat dari isu ini dengan menyalahkan GST yang sebenarnya tidak memberi kesan kepada kos sara hidup. Kita perlu faham bahawa kos gaya hidup pula adalah pilihan maka buatlah pilihan dengan bijak.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*